Followers

Friday, November 30, 2012

Mengapa Jodoh Lambat

Dalam blog ni ada satu entry sebab-sebab kenapa seseorang itu dilambatkan jodoh. Hmmmmm... fikir-fikir balik, betul juga tulisan dia tu. Meh baca sebab-sebab kenapa seseorang itu bertemu jodoh lambat.


1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.


5. Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.


Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.


6. Faktor Metafizikal


“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.


Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.


Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
Siapakah Saya??  Hahaha (ketawa jahat)

Nama:  Ma’dzanah Niza
Umur:  (agak2 nye berape ye??? Hahaha)
Tarikh Lahir: 29 September 19XX
Tempat Tinggal: Area  Sabah
Status: Milik Mak Ayah  (still Belajar)
Hobi:  1. Suka Lepak (g keluar makan, merayau, shopping,tengok wayang dll)
2. Jelajah Dunia Tanpa Sempadan (Main on9),
3.Suka Berjiwang,
4. Buat Kek (buat je tpi x makan jua haha bgi orang lain makan Je )
5.  Membaca Buku Terutamanya Buku Misteri, Berunsurkan Magik dan Fantasi,,dan  Tak Suka     Baca Novel Cinta ..
Binatang yg Digemari : Dolphin @ ikan lumba-lumba  
Nak tau lebih lanjut jom Follow Twitter



Puisi Pengantin Lelaki yang Sepatutnya Diucapkan Kepada Pengantin Perempuan





Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku

Kisah Sepasang Kekasih

sedih giler tu......pastikan tisu berada di sisi anda...
Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yg laki tu nama Razak,
yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni
sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). imah
ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah
close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun.
Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka
masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh...
Imah ni kesepian le kat Singapura.
Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang
...Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2
imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi
makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah
ni dah terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2
razak drpd hati imah..

Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke singapura. Beria2 le
mamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak
ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town.
maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh...
tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2...
sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarul
tu laki org. imah pun peras..cuba nak kembali kepada razak.
Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik singapura.

Razak pun memberanikan diri dia... jumpa imah. dia gi le rumah
imah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam.
razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat
masa sepeninggalanku" imah terperanjat... "err bila masa
lak nih.. aku setia apa..." kata imah razak berkata...
tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul
..." imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja
..." tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK
tu......seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."
razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang
menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

imah terdiam... masih menangis....razak sambung...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
> They're a mirror

I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

"suara razak terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

razak ulangi phrase yg sama.......imah terdiam...walaupun
air mata masih mengalir...

My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu...
tiba2 mulut imah berkata ... " abang, imah nak beritahu
abang sesuatu" "katakan lah duhai imah" jawap razak dengan
suara perlahan... " err...... err..." kata imah dlm keadaan
bersalah..."katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup
terima..." tambah razak...perlahan2.. imah berkata

"abang..."
"sebenarnya... imah tak paham bahasa Inggeris..."

6 Tips Kulit Cantik & Sihat

1. Makan makanan berkhasiat. Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran.

2. Bersenam dan Minum Air Putih. Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.


3. Cuci muka sebelum tidur. Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur wajah masih di muka!



4. Tidur yang cukup. Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!


5. Lindungi kulit daripada Matahari. Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.


6. Berhenti merokok. Hey ladies! jangan merokok. Tak cun tau!

Thursday, November 29, 2012

Ubat kepada malas menurut Islam



Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik da paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.

Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد

Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.

Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :

يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.

Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Ketiga : Carilah ilmu
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.

Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.

Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.

Petua Supaya Mudah Mengandung



~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~


Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.

Ramalan Tarikh Lahir


Berikut adalah senarai ramalan melalui bulan lahir seperti yang telah
dinyatakan oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah melalui kajian beliau selama
25 tahun. Ramalan ini boleh dijadikan panduan dan rujukan, tetapi
janganla percaya bulat-bulat pada ramalan ini dan terus menilai
seseorang melaluinya. Semoga ramalan ini dapat memberi idea dan panduan
yang berguna buat kita kelak. Sekian.


Bulan Januari

Bercita-cita
tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah
melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat
sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam
kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi,
mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang
selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup
sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada
segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat
tinggi.


Bulan Februari

Berfikiran
abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan
genius, personaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak
pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras
hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak
apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka
dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang
remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani
dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada
harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka
hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada
dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang
tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk
mempamerkan emosi


Bulan Mac

Personaliti
yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam
rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati,
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran,
suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan
kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan
sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka
diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih
pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang
muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan
terlalu moody.


Bulan April

Sangat
aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental
yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai
memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat
berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang,
sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi,
kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat
keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai
mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di
sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.


Bulan Mei


Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran
yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati
orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik
dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap
pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk,
bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat,
memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu,
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang
tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik,
kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta
melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam,
tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.


Bulan Jun


Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik,
berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan
moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya
aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera,
bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan
yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat,
suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah
berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai
mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka
berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang
mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada
barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak
terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah
kawan



Bulan Julai


Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti
terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan
maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah
apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga
hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah
terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan
tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara
fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang,
layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati,
pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian,
mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan
peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah,
suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali
terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak
kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih,
terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.


Bulan Ogos


Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring
terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas
dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan
bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian,
semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah
marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang
tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin
dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan
dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa
penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih,
penyayang, suka mencari kawan.



Bulan September

Sangat
bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur,
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai
bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat
prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan
sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang
banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah
belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik,
pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat
yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong,
kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan,
terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik


Bulan Oktober

Suka
sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah,
sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak
pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan
kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak
lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang
kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka
terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan
dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat
kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni,
pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah
terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan
luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah
patah semangat.


Bulan November


Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya,
berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan
idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang
sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti,
personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah,
setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila
hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah
kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai
muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat
tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan
semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba
sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat
mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka
duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur,
setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi,
bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


Bulan Disember

Sangat
setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan
pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi,
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok
didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian
dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai
berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego
walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak,
pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik