Followers

Saturday, May 26, 2012

SOALAN-KEMUNCULAN TAMADUN2 STPM


2.   Tamadun Mesopotamia,Tamadun Mesir,Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho merupakan tamadun terawal manusia. Jelaskan konsep tamadun dan huraikan ciri-ciri utama tamadun dunia.


Pengenalan
  
Latar belakang tamadun awal

-mula berkembang selepas wujud bahasa dan tulisan bincangkan pendapat Gordon Childe.
-sebelum tamadun manusia hidup berselerak dalam kelompok2 kecil di tempat berlainan
-ciri-ciri kebudayaan,kebendaan dan kerohanian berbeza antara mereka

Isi

A   Konsep tamadun

-   merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi kemajuan,pemikiran,kebendaan,politik,ekonomi dan social
-   kebanyakan sejarawan menyimpulkan tamadun sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bermasyarakat dalam keadaan aman,tetap dan tersusun
-   Beaty dan Johnson(1971)-tamadun ada kaitan dengan kebudayaan kota dan tulisan
Redfield (1969)-tamadun cara hidup yang dapat dikritiriakan
-   Ringkasnya-tamadun ada kaitan dengan pencapaian manusia dalam pelbagai aspek seperti yang terdapat dalam Tamadun Mesir,Mesopotamia,Hwng Hwo,Yunani,Rom dan Indus

B    Ciri-ciri Tamadun

1   Urbanisasi

-   hidup tetap disesuatu tempat
-   Pertanian,penternakan dan perdagangan
-   penempatan kekal dibantu oleh Revolusi Pertanian membawa kemunculan Bandar-bandar seperti Memphis,Thebes dan Dhilkah

2    Pengkhususan kerja

-   anggota masyarakat punyai tugas/peranan masing-masing seperti petani,askar dan artisan
-   mempercepatkan proses urbanisasi

3    Organisasi sosial

-   struktur tersusun membuktikan masyarakat dan capai tamadun
-   wujud golongan pemerintah dan diperintah membantu pentadbiran berjalan lancar
-   biasanya raja paling atas diikuti bangsawan (pentadbir) ahli agama/pendeta(upacara keagamaan),rakyat biasa (kegiatan ekonomi masing-masing) dan paling bawah hamba
-   kewujudan organisasi mewujudkan system perundangan untuk disiplinkan masyarakat
contohnya Mesopotamia masa Raja Hammurabi

4   Sistem tulisan

-   peringkat awal tulisan walaupun dalam bentuk symbol banyak digunakan untuk merekodkan sesuatu
-   contoh,tulisan Hieroglif[Mesir] digunakan untuk rekod upacara keagamaan dan harta kuil

5   Agama dan kepercayaan

-   amalan politeisme (sembah dewa / dewi )
-   dewa/dewi dipercayai mempengaruhi kehidupan dan jika tidak disembah akan berlaku malapetaka
-   contoh; tamadun Indus sembah dewi bermuka tiga

6   Kemajuan sains dan teknologi
-   pandai cipta alatan seperti roda ,layar kapal,terusan dan tembok
-   kesemua alatan ini banyak tinggalkan kesan terhadap pertanian, pengangkutan dan perdagangan
-   biasanya rajalah yang m,emainkan peranan penting dalam pembentukan dan kemajuan dalam bidang ini

7    Estetika

-   dapat dilihat dari segi seni bina,seni ukur dan sastera
-   contoh : Mesopotamia (Epik gilyamesh-tentang Illiad dan Odyssey oleh Homer)

Kesimpulan

-   terdapat banyak ciri tamadun meliputi ciri social,ekonomi dan politik yang mengambarkan kewujudan dan perkembangan tamadun
-   ciri-ciri ini membawa peningkatan tamadunb seterusnya

CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA STPM


PEMBENTUKAN BANDAR
Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mula membentuk penempatan menetap. Perkampungan-perkampungan ini lama-kelamaan akan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini juga dikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi petempatan-petempatan yang ada di sekitarnya. Contoh negara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di Lembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo DAro dan Harappa di Lembah Indus di India.

PEMBENTUKAN KERAJAAN
Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini. Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan.

 ORGANISASI SOSIAL
Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang diperintah seperti rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi.


PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat.

PENGKHUSUSAN PEKERJAAN
Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang.

KEPERCAYAAN
Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenali sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-Ho. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati.


BAHASA DAN TULISAN
Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam sistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama di Tamadun Sumeria dan Mesir.

TIPS SEJARAH STPM



TIPS STPM
TEKNIK MENGULANG KAJI DAN STRATEGI MENJAWAB STPM SEJARAH YANG BERKESAN
Format Peperiksaan Sejarah 1 & 2
KERTAS 1
Bahagian A (Tamadun Dunia) Jawab 2 soalan
Bahagian B ( Tamadun Islam ) Jawab 2 soalan
KERTAS 2
Bahagian A ( Sejarah Malaysia ) Jawab 2 soalan
Bahagian B ( Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur )
Calon-calon perlu menjawab dua soalan sahaja daripada setiap bahagian, bermakna empat soalan yang perlu dijawab dalam setiap kertas.
TAJUK - TAJUK PENTING. KERTAS 1
Bahagian : A
1.Manusia & Masyarakat
2.Pemerintahan & Pentadbiran
3.Ketahanan & Pertahanan
4.Pendidikan
Bahagian : B
1. Manusia & Masyarakat
2. Pemerintahan & Pentadbiran
3. Ketahanan & Pertahanan
4.Sistem Ekonomi
5. Pendidikan
TAJUK - TAJUK PENTING KERTAS 2
Bahagian A & Bahagian B
1.Masyarakat tempatan
2.Tranformasi masyarakat
3. Nasionalisme dan pembentukan masyarakat
MEMBACA BAHAN
Ada dua peringkat pembacaan
Peringkat pertama:
Meneliti dan menganalisis fakta
Peringkat kedua:
Menentukan kesahihan & Menambah fakta baru
NOTA RINGKAS.
Menulis nota ringkas Dengan menggunakan bahasa yang
mudah difahami dan boleh dibawa ke mana-mana serta memudahkan untuk mengingati fakta
ANALISIS SOALAN - SOALAN

  • Membuat analisis soalan tahun lepas
  • Mengkaji soalan yang pernah keluar
  • Tentukan tajuk yang penting & berikan penumpuan terhadap tajuk penting.
  • Menguji pengetahuan
  • Menguji kefahaman
  • Kebolehan & aplikasi.
  • Mensintisis
  • Menilai
  • Memfokuskan satu perkara dengan lebih khusus
  • Memberi hujah dengan lebih terperinci
  • Bincangan
  • Kepentingan Zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun manusia
  • Memfokuskan kepada sesuatu perkara sahaja tetapi dilihat dari pelbagai aspek
  • Memerlukan kretiviti yang tinggi bagi menghurai & mentafsir
  • Huraikan
  • pengaruh pendidikan islam di timur tengah terhadap sistem pendidikan di tanah melayu
  • Menyatakan padangan tentang sesuatu pekara.
  • Memberi penilai kepada soalan yang diajukan .
  • Sejauh manakah
  • penghijaran Nabi Muhammad ke Madinah telah membawa kejayaan yang besar kepada perkembangan islam.
  • Nilaikan
  • kepentingan penjelajahan dan penemuan Christopher Columbus dan Vasco Da Gama kepada perkembangan ekonomi
  • Dengan merujuk
  • Empayar Maurya di India dan Empayar Islam di Arab, jelaskan kedua-dua pemerintahan mempertahankan empayar masing-masing
  • Membuat Penilaian Dengan Memberikan Hujah Terhadap Sesuatu Perkara.
  • Menyatakan Sesuatu Sebab Atau Perkara.
  • Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Istilah Ummah? Nyatakan Langkah - Langkah Yang Diambil Oleh Nabi Muhammad Untuk Menyatukan Ummah Di Madinah.
  • Membuat perbandingan antara dua atau lebih perkara.
  • Contoh:
  • Bandingkan peranan agama
  • dalam proses memperkukuhkan atas kekuatan pemerintah islam antara kesultanan melayu Melaka dengan zaman Khulafa Ar-Rashidin
  • Menyatakan pendirian terhadap sesuatu pertanyaan sama ada bersetuju atau sebaliknya.
  • Contoh:
  • Bersetujukan Anda
  • Bahawa Piagam Madinah Telah Membentuk Perpaduan Dikalangan Umat Madinah
  • Setiap jawapan hendaklah mengandungi tokoh, tahun, peristiwa dan tempat.
  • Nama tokoh, tahun, peristiwa dan tempat hendaklah betul.
  • Jika tidak mengingati tahun, boleh ditulis menggunakan abad : 1870-an
  • Jangan jawap dalam bentuk point form .
  • Jawapan point form tidak dapat berdiri sendiri
  • Sekiranya masa tidak mencukupi tulis jawapan secara ringkas dan kasar
  • Zaman pra – sejarah dikatakan wujud sejak pada tahun 5000 sm. Zaman pra sejarah dikatakan zaman permulaan manusia hidup atau mendiami kawasan dunia. Masyarakat pra sejarah awal dikatan wujud pada 500,000 sm hingga 30, 000 sm yang dikenali sebagai zaman Paleolitik dan Neolitik. Manakala zaman pra sejarah awal pula dikatakan wujud pada 7000 – 3000 sm yang dikenali sebagai zaman Neolitik. Ahli kaji purba dapat membezakan masyarakat pra sejarah melalui pelbagai kaedah atau cara.
  • Bahagian Yang Paling Penting.
  • Isi-isi Diatur Mengikut Perenggan.
  • Huraian Fakta Tertakluk Kepada Persoalan Pokok.
  • Huraian Fakta Dalam Isi Tertakluk Kepada:
  • Pokok Persoalan.
  • Kehendak Soalan.
  • Jangka Masa
  • Tidak tepat atau kena dalam memilih soalan yang susah atau sukar difahami
  • Pendahuluan yang tidak menentu dan panjang berjela-jela
  • Fakta yang dikemukan tidak tepat

MEMBUAT LATIHAN.
Latihan hendaklah mengikut format yang sebenar.
Latihan begini membantu pemahaman penulisan dan bentuk tulisan calon.
Calon akan mempunyai kemahiran
Sesuatu kertas peperiksaan akan merangkumi aras semua kesukaran iaitu:
Galurkan
Calon perlu mengingatkan peristiwa dengan mengingati peristiwa dengan mengaitkan persoalan apa, di mana, bila, dan sebagainya
Contoh:
Bentuk Pentadbiran & Pemerintahan Negara Islam Terbahagi Dua, Kerajaan Pusat Dan Wilayah. Galurkan Perbezaan Antara Dua Kerajaan Tersebut.
Bincangkan.
Contoh:
Huraikan, jelaskan, perihalkan & analisiskan
Contoh:
Jelaskan ciri-ciri utama masyarakat bertamadun dengan merujuk kepada tamadun-tamadun awal seperti mesopotamia, mesir, hwang ho &mohenja daro-harappa.
Sejauh manakah, nilaikan & bagaimanakah...
Contoh:
Apakah
Contoh;
Bandingkan
Bersetujukan , apakah pendapat & adakah anda bersetuju
LANGKAH – LANGKAH MENJAWAB SOALAN
LANGKAH PERTAMA
Lihat muka pertama kertas soalan dengan baik dan baca arahan soalan dengan teliti dan cermat.
Perhatikan apa yang tercatat di muka hadapan.
LANGKAH KE-2
Baca soalan setiap bahagian dengan cermat dan fahamkan persoalan yang dikemukakan soalan tersebut
LANGKAH KE-3
Tandakan soalan yang hendak dijawab mengikut arahan soalan
LANGKAH KE-4
Baca soalan sekali lagi. Fahamkan bentuk soalan dan persoalannya dengan cermat supaya dapat menjawab mengikut apa yang dikenendaki
LANGKAH KELIMA
Soalan tidak Perlu Disalin Pada Kertas Jawapan. Apa Yang Penting Ialah Tandakan Bahagian Dan Nombor Soalan Yang Dijawab Itu Pada Setiap Kertas Jawapan
LANGKAH KEENAM
Jawab soalan yang mudah dahulu diikuti soalan yang berikutnya.
Bahagikan masa yang sama panjang mengikut soalan Termasuk masa yang digunakan untuk membaca arahan.
LANGKAH KETUJUH
Merangka jawapan sebelum menjawab atau fakta disusun rapi dan tidak terkeluar dari kehendak soalan.
LANGKAH KE-8
Jawapan Hendaklah Terang Serta Mudah Difahami Oleh Pemeriksa.
LANGKAH KE-9
Jawapan hendaklah berkaitan dan tidak berulang fakta.
Panjang pendek jawapan lebih kurang 40 minit.
LANGKAH KE-10
Dalamjawapan gunakan nas-nas, petikan pendapat ahli sejarah, nukilan, contoh-contoh yang berhubungkait dan berkaitan dengan persoalan dalam soalan.
LANGKAH KE-11
Gunakan bahasa yang baik, ayat yang tidak berulang dan tidak tergantung, huraian tepat dan padat dengan menggunakan istilah sejarah yang tepat
LANGKAH KE-12
LANGKAH KE-13
LANGKAH KE-14
Jawab empat soalan sahaja seperti yang dikehendaki format.
Format
Jawapan
Bahagian
Pendahuluan
Bahagian
Isi
Bahagian
Penutup
BAHAGIAN PENDAHULUAN
Memberi gambaran tentang latarbelakang tajuk soalan atau gambaran umum berkenaan tajuk soalan. Jangan buat pendahuluan terlalu panjang.
CONTOH PENDAHULUAN
BAHAGIAN ISI
CONTOH KAWAPAN YANG TERLALU UMUM
CONTOH SOALAN
Dengan memberi contoh tamadun awal manusia, bincangkan tujuan dan sebab paerkembangan institusi pendidikan formal:
Persoalan pokok : Instituisi pendidikan formal.
Bentuk soalan : Perbincangan.
Jangka waktu : Selepas tamadun awal manusia.
Dalam Perkembangan Tamadun Manusia Terdapat Pelbagai Objektif Yang Menggariskan Pembentukan Institusi Pendidikan Yang Formal Seperti Tempat Ibdat, Rumah, Guru, Sekolah, Kolej Dan Universiti Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran. Bincangkan Objektif – Objektif Tersebut Dengan Memberikan Contoh – Contoh Daripada Tamadun Awal.
Kenyataan soalan
Kehendak soalan
Pokoksoalan
Ruang masa
Nilaikan sumbangan Marco Polo dan Ibnu Khaldun kepada perkembangan tamadun manusia
Ruang masa
Huraikan perkembangan Instituisi Wazir dari zaman rasullah hingga zaman kerajaan Abbasiyah .
Persoalan pokok : Instituisi Wazir.
Bentuk soalan : Huraian.
Jangka masa : Zaman Nabi Muhammadhingga kejatuhan kerajaan Abbasiyah .
Rumusan atau resolusi yang
konkrit berkenaan dengan
fakta yang diberikan
calon boleh memberi
pandangan. Penutup tidak perlu panjang lebar. Hanya satu perenggan sahaja.
Kelemahan & kesilapan calon

EXAM SEJARAH STPM


FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

PENGENALAN
merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi kemajuan,pemikiran,kebendaan,politik,ekonomi dan social. kebanyakan sejarawan menyimpulkan tamadun sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bermasyarakat dalam keadaan aman,tetap dan tersusun. Beaty dan Johnson(1971), tamadun ada kaitan dengan kebudayaan kota dan tulisan. Redfield (1969),tamadun cara hidup yang dapat dikritiriakan. Ringkasnya, tamadun ada kaitan dengan pencapaian manusia dalam pelbagai aspek seperti yang terdapat dalam Tamadun Mesir,Mesopotamia,Hwng Hwo,Yunani,Rom dan Indus

ISI UTAMA
BENTUK MUKA BUMI
Bentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah lanar yang rata dan mempunyai tanih yang subur yang amat sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan. Penduduk-penduduk pra sejarah hidup semata-mata bergantung kepada keadaan alam sekitar. Oleh itu, bentuk muka bumi yang strategik dan terdiri daripada tanih yang subur telah banyak membantu mereka untuk menghasilkan makanan daripada sumber alam dan kemudian berkembang sehingga mereka mengetahui cara bercucuk tanam yang dapat menghasilkan makanan untuk sara diri dan kemudian berkembang ke arah yang bertamadun. Penghasilan makanan yang banyak dalam sesuatu tempat tertentu telah menyebabkan pertambahan penduduk dan menyebabkan tempat itu berkembang menjadi sebuah bandar kecil. Sebagai contoh, tanah loes di Lembah Hwang-Ho dan tanah lanar di Lembah Sungai Nil yang amat subur untuk menjalankan kegiatan pertanian telah berkembang menjadi perkampungan yang kecil.

LEMBAH SUNGAI
Sungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal. Orang pra sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sungai yang mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupan seharian manusia sejak awal lagi adalah tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu, kawasan tepi sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal. Sungai menyediakan air untuk tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui cara bercucuk tanam. Sungai juga menjadi sumber makanan yang utama kerana di dalam sungai terdapat habitat ikan dan mereka dapat menjalankan kegiatan penangkapan ikan di ditu. Sungai juga menjadi alat perhubungan bagi penduduk pra sejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada batang-batang kayu yang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air dan mereka yang mengamalkan sistem barter dapat berhubung antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti pertukaran barang.

IKLIM
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan mempunyai iklim yang sesuai. Dengan adanya iklim yang sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkan tumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan yang baik. Dengan itu, habitat haiwan tidak akan menjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyak daripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun awal bermula di kawasan iklim yang berhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering telah menyebabkan hutan terbakar dan tidak terdapat tamadun dan kehidupan angin kering di Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan cepat.

PERTAMBAHAN PENDUDUK
Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar dan penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat-alat senjata dan sebagainya. Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seorang ketua dengan sistem pentadbiran dna perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur. Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujud sebuah masyarakat yang lebih dinamik atau berdaya maju. Penduduk-penduduk dapat melahirkan idea-idea dan ciptaan baru dengan menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan menunjukkan kemahiran dalam menenun kain daripada bulu binatang dan gentian tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Mereka juga pandai menganyam bakul dan membuat barang-barang tembikar.

KEMAJUAN PERLINDUNGAN
Menurut ahli-ahli sejarah tamadun manusia yang terawal muncul di lembah-lembah sungai kerana ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan kawasan tinggi menjadikan ia selamat kerana kawasan-kawasan tersebut boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar. Empat tamadun terawal yang wujud di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun Hwang-Ho di Lembah Sungai Kuning. Tamadun-tamadun ini bermula sebagai perkampungan kecil kemudian berkembang dengan pesat menjadi negara-negara kota yang lebih besar dan kompleks.

KEMAJUAN TEKNOLOGI
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan adanya kemajuan teknologi seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar. Mereka pandai membuat barang-barang tembikar daripada tanah-tanih yang kering. Alat-alat tembikar digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Mereka menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Baka-baka baru tanaman yang dicipta membolehkan lebih banyak tanaman dihasilkan. Kewujudan sistem pengairan yang maju turut membantu kegiatan pertanian dapat menghasilkan hasil yang berlipat ganda. Roda telah dicipta untuk mempercepatkan perjalanan dan memudahkan pergerakan. Di Sungai Hwang Ho, tembok telah dibina untuk menghalang banjir.

PERKEMBANGAN AGAMA DAN KEPERCAAYAAN
Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan  kepercayaan animisme dan yang berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh. Mereka menyembah unsur-unsur alam semesta dan roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi satu amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan.

PENUTUP
terdapat banyak factor tamadun yang meliputi factor social,ekonomi dan politik yang mengambarkan kewujudan dan perkembangan tamadun.Kemajuan dalam tamadun-tamadun awal menyebabkan masyarakat seterusnya mencapai ketamadunan yang lebih tinggi dalam semua aspek kehidupan.

PERKHIDMATAN AWAM


 Definisi Perkhidmatan Awam
Minimize

Perkhidmatan Awam ditafsirkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara (132) ialah :
  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Badan Berkanun
  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Polis Diraja Malaysia
  • Perkhidmatan Pendidikan
Definisi Agensi
Agensi Sektor Awam terbahagi kepada 5 jenis perkhidmatan.
PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (PAP &PAN)
KEMENTERIAN
Mengikut Pekeliling Am Bil.2/82 : 

  • Kementerian adalah organisasi yang diwujudkan untuk menggubal dasar, merancangkan program-program dan melaksanakannya di bawah arahan dasar seorang Menteri; 
  • Ibu pejabat Kementerian mengandungi pejabat menteri yang dianggotai oleh Menteri (termasuk Timbalan-timbalannya dan Setiausaha Parlimen), Ketua Setiausaha dan ketua-ketua agensi di bawahnya;
  • Agensi-agensi pelaksana adalah termasuk jabatan-jabatan dan badan-badan berkanun di bawah kementerian;
  • Ketua Setiausaha Kementerian ialah eksekutif utama yang mempunyai kuasa pegawai pengawal dan perakaunan di atas agensi-agensi pelaksana kementerian.

Kementerian terbahagi kepada dua jenis
  • Kementerian Bersepadu
Kementerian Bersepadu ialah kementerian di mana unit / bahagian yang tidak mempunyai kuasa tersendiri dari segi urusan pentadbiran, kewangan dan ketua unit / bahagian itu tidak menjadi pegawai pengawal di dalam urusan kewangan.  Fungsi-fungsi tersebut adalah dipusatkan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian itu. Unit / bahagian tersebut ada yang dipanggil unit, bahagian, biro dan ketua jabatannya dipanggil Pengarah, Ketua Pengarah dan lain-lain. Contoh Kementerian Bersepadu ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan.

  • Kementerian Tidak Bersepadu
Kementerian Tidak Bersepadu ialah kementerian yang salah satu unit / bahagiannya menjalankan fungsi-fungsi bersendiri dari segi urusan pentadbiran, kewangan dan kakitangan dan ketua unit / bahagian itu adalah menjadi pegawai pengawal dalam urusan kewangannya.  Oleh yang demikian, unit /  bahagian tersebut mempunyai kumpulan kakitangan yang tertentu untuk  menjalankan fungsi-fungsi tersebut.  Sungguhpun begitu, tanggungjawab secara amnya dalam fungsi-fungsi tersebut adalah terletak di bawah Ketua Setiausaha Kementerian.  Unit / bahagian tersebut adalah yang dipanggil unit, bahagian, biro dan jabatan dan ketuanya adalah dipanggil Pengarah, Ketua Pengarah dan lain-lain.  Pada lazimnya unit / bahagian yang besar-besar dipanggil jabatan. Contoh Kementerian Tidak Bersepadu ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri.
 
JABATAN

            Dari segi susunan pentadbiran, jabatan adalah merupakan agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri.  Tugas jabatan adalah tertakluk di bawah objektif dan dasar kementerian atau pentadbiran negeri, di mana ia diletakkan. Ia tertakluk kepada peraturan-peraturan dan arahan-arahan daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri.  Di samping itu, jabatan juga mempunyai akta dan ordinan yang perlu dikuatkuasakan. Di dalam melaksanakan akta dan ordinan untuk kes-kes tertentu, jabatan dikehendaki merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian atau / dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan keputusan. 
BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DAN NEGERI (BBP & BBN)
Perbadanan-perbadanan awam (public corporations) atau agensi-agensi separa Kerajaan (semi-government agencies) adalah ditubuhkan di bawah undang-undang, sama ada diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.  Misalnya, Perbadanan Pembangunan Bandar ialah sebuah Badan Berkanun Persekutuan dan Perbadanan Ekonomi Negeri ialah sebuah Badan Berkanun Negeri.
Tujuan ditubuhkan perbadanan awam dapat dilihat dari dua segi:
  • untuk membolehkan kerajaan melibatkan dengan secara terus di dalam bidang pembangunan sosio-ekonomi negara dan di dalam kegiatan di mana sektor swasta enggan menceburi kerana kurang menguntungkan atau memerlukan modal yang besar.  Dengan cara penglibatan secara ini, pembangunan yang lebih pesat, teratur dan adil dapat dipastikan oleh Kerajaan.
  • Tujuan yang hendak dicapai oleh Kerajaan itu lebih sesuai dijalankan oleh perbadanan awam daripada sebuah jabatan, oleh kerana perbadanan awam adalah lebih bebas daripada peraturan-peraturan pentadbiran Kerajaan yang biasa dan oleh itu, dapat bergerak dengan lebih pantas seperti syarikat sektor swasta.   Perbadanan ini terbahagi kepada dua jenis :
(i)              Badan-Badan Berkanun
Badan-badan Berkanun adalah sebuah agensi separa Kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.  Tujuan penubuhan Badan-badan Berkanun ialah untuk memberikan kebebasan yang lebih luas untuk bergerak dan mengendalikan program daripada yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan Kerajaan yang biasa.  Badan-badan Berkanun seperti ini mengambil kuasa daripada akta / enakmen berkenaan dan mempunyai badan pengurus yang tersendiri yang digelar Lembaga, Majlis atau lain-lain.  Contoh Badan-badan Berkanun ini bagi peringkat Persekutuan ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian (SIRIM) bagi Badan-badan Berkanun Persekutuan.  Bagi peringkat negeri terdapat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dan Lembaga Bekalan Air Negeri.  Ada di antara Badan-badan Berkanun ini dipanggil perbadanan awam (public corporations) seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri (PKEN), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (PKPM)
(ii )           Badan-Badan Tidak Berkanun
Badan-badan Tidak Berkanun ialah syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat-syarikat 1965 (Akta 125).  Badan-badan ini adalah bersifat dan bergerak sebagai syarikat perniagaan yang biasa, hanya dari segi hak milik sahaja dipunyai oleh Kerajaan.  Syarikat ini seperti juga syarikat perniagaan boleh juga menubuhkan anak syarikat.  Sekiranya ini berlaku, syarikat-syarikat tadi dipanggil Syarikat Induk (Holding Company) misalnya Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan anak-anak syarikatnya seperti Pernas Properties Sdn.Bhd. , Pernas Trading Sdn. Bhd. Dan Pernas Edar Sdn. Bhd.
PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Penguasa-penguasa tempatan adalah dikenali sebagai majlis perbandaran atau majlis daerah.  Ia ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu sebuah kanun yang digubal oleh Kerajaan Persekutuan tetapi diambil pakai oleh Kerajaan-kerajaan Negeri.  Sistem PBT ini juga dikenali sebagai kerajaan tempatan.  Majlis perbandaran biasanya ditubuhkan bagi kawasan bandar yang besar seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya (Selangor).  Majis daerah ditubuhkan bagi kawasan-kawasan bandar kecil dan di luar bandar seperti Majlis Daerah Kuala Kangsar (Perak) dan Majlis Daerah Muar (Johor).   Majlis perbandaran yang telah diberi taraf bandaraya dipanggil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Sektor Agensi
Agensi Sektor Awam juga dikategorikan kepada 4 sektor utama bergantung kepada fungsi agensi tersebut.Pecahan sektor adalah berpandukan penentuan oleh Kementerian Kewangan berdasarkan bajet.
SEKTOR PENTADBIRAN
Sektor Pentadbiran adalah merangkumi agensi yang melaksanakan pentadbiran am termasuk sebahagian besar Perkhidmatan Awam Negeri dan Badan Berkanun Negeri. Contoh agensi di bawah sektor pentadbiran antaranya seperti Jabatan Pedana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Agensi-agensi Negeri Sabah dan Sarawak.
SEKTOR KESELAMATAN
Sektor Keselamatan terdiri dari agensi yang menjalankan aktiviti pertahanan negara dan mengawal keselamatan awam. Contoh agensi antaranya seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
SEKTOR EKONOMI
Sektor Ekonomi adalah merangkumi subsektor pertanian dan pembangunan luar bandar, kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan dan perhubungan serta lain-lain agensi yang dapat menyumbang kepada hasil negara dan pertumbuhan ekonomi negara. Contoh agensi antaranya seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).
SEKTOR SOSIAL
Sektor Sosial adalah merangkumi subsektor Pendidikan, Kesihatan, Perumahan  dan lain-lain agensi yang melaksanakan aktiviti meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat dari segi pendidikan, kesihatan dan perumahan. Contoh agensi antaranya seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.