Followers

Thursday, November 24, 2011

Anugerah tak mungkin ada pada orang lain

Seperti mana yang kita ketahui.. keistimewaan yang dimiliki adalah berbeza antara orang lain di muka bumi ini.. keistimewaan itu adalah kemampuan kita untuk melakukan sesuatu yang baik mahupun yang jahat.. Marlina adalah seorang pelajar yang terpandai di sekolah nya dan merupakan pelajar harapan di sekolah.. Marlina sentiasa menjadi tumpuan guru-guru dan kawan-kawan nya di sekolah... Marlina juga seorang ketua pengawas yang mempunyai bakat kepimpinan.. Namun,Marlina dianggap sombong oleh rakan-rakanyang lain kerana Marlina hidung tinggi serta kedekut ilmu.. Marlina tadak berkongsi ilmu bersama rakan-rakan lain.. Dia hanya penting kan diri sendiri.. walaupun rakan nya ingin tunjuk ajar dari nya... pada suatu masa yang tidak di ingini.. Marlina telah jatuh sakit,  walaupun sikap dan perangai Marlina tidak disukai oleh rakan-rakannya,namun mereka menziarahi Marlina yang terlantar di hospital selama sebulan.. Marlina menghadapi penyakit demam panas.. Marlina terasa terharu melihat rakan nya yang melawat nya di hospital... layanan rakan-rakan yang membuatkan Marlina tersenyum dan doa untuk nya agar Marlina cepat sembuh..

Dalam cerita ini, kita seharusnya saling tolong menolong antara satu sama yang lain dalam apa jua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini.. keistimewa yang dimiliki haruslah di gunakan sebaik mungkin untuk kebaikan semua.. janganlah kita kedekut ilmu kerana ilmu itu adalah pelita hidup di dunia mahupun di akhirat.. oleh itu, kita haruslah bersyukur pada yang maha ehsa atas pemberian yang tak mungkin ada pada orang lain...

No comments:

Post a Comment