Followers

Monday, December 24, 2012

Bangun Tidur

allah telah mematikan kita sekejap iaitu tidur .. dengan tidur la kita dapat merehatkan mata dan anggota badan setelah sehari menjalankan tugas harian .. hahaha tapi tak semua yg bagun tidur akan mengucapkan alhamdulillah ataupun doa kerana kita masih lagi dapat hidup .. :D Jom amalkan amalan yang digunakan oleh Rasullullah kita .. 

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (HR. Muslim)

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda akan membaca Alhamdulillahil lazi ahyana ba' dama ama tana wailai hin nushur (Segala puji Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan(tidur) kami dan kepadaNya tempat kembali). (HR Bukhari)

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum dia mencucinya tiga kali.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment