Followers

Saturday, December 1, 2012

Gelang Tayar


sweet tak??? hahahha gelang ni saya namakan gelang tayar .. nama real nye aku tak tau .. aku tau guna je .. hehe .. gambar ni diambil time pas solat zuhur di surau sekolah .. gelang ni kami tempah sebelum  hari raya haji yg lalu .. erm,, bru smpai trus pkai .. gelang aku je kot tak menyerlah .. hahaha full kaler .. besa la .. tapi bila kita org pakai gelang ni nampak semseng .. tu dari pandangan orang lain la kan but kami pkai suka2 je .. ni adalah tanda persahabatan kami pelajar tahun akhir .. :) 








Alangkah bertuahnya jika aku mempunyai sahabat solehah…

Yang akan sentiasa mengingatkanku kepada-Nya…

Yang akan selalu mengajakku untuk solat berjemaah pada setiap fardhu…

Tahajjud di pertengahan malam pada setiap hari…

Yang akan mengajarku mengaji Al-Quran mengikut tajwid dan sebutan yang betul…

Kerana sesungguhnya aku manusia kurang fasih mengenainya…




Alangkah bertuahnya jika aku mempunyai sahabat solehah…

Yang akan memberiku usrah setiap hari…

Yang akan mengajakku untuk menjadi seperti mereka dengan tatacara yang menyenangkan…

Yang akan sentiasa mengajakku melakukan ibadah pada jalan-Nya…




Aku dambakan sahabat solehah yang akan memberiku nasihat agar sentiasa ingat pada-Nya..

Kerana sesungguhnya aku manusia mudah alpa…




Ya Allah..aku memohon semoga aku akan mempunyai sahabat solehah dan dapat sentiasa bersama dengan mereka…

Yang akan menjadi ‘medium’ agar sentiasa dekat dengan-Mu juga meraih rasa cinta kepada-Mu…

Aminn…

No comments:

Post a Comment