Peristiwa
13 Mei 1969 sememangnya satu peristiwa yang meninggalkan detik sejarah hitam
dalam negara. Keadaan pentadbiran negara pada waktu itu adalah tidak terkawal
dan telah menyebabkan impak negatif yang besar terhadap ekonomi negara.
Misalnya, di sekitar Kuala Lumpur merupakan antara kawasan yang paling teruk
mengalami insiden ini kerana kesesakan lalu lintas juga adalah salah satu
faktor yang menyokong kepada kelancaran kegiatan harian tergendela. Namun
begitu, keadaan semakin tidak terkawal apabila rusuhan kaum di antara kaum
Melayu dan Cina berlaku. Tindakan ganas seperti bunuh-membunuh antara kedua-dua
kelompok kaum ini menyebabkan banyak rumah dan bangunan yang mengalami
kerosakkan. Kegiatan ekonomi terjejas apabila para peniaga tidak dapat keluar
seperti biasa untuk menjalankan kegiatan mereka kerana aspek keselamatan adalah
tidak terjamin. Peristiwa ini juga turut melibatkan kegiatan perlombongan turut
terjejas kerana ramai orang Cina yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong
bijih timah. Walaupun mungkin kejadian ini berlaku tetapi kesahihan untuk
membuktikan ianya berlaku tidak dapat diperolehi kerana tiada bukti yang nyata
untuk menyokong perisitiwa tersebut. Sememangnya keadaan negara yang bergolak
turut menyebabkan para pelabur luar juga akan berasa tidak selesa dan takut
kerana ianya pasti akan merugikan mereka. Peristiwa ini telah menyebabkan
kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Objektif utama
dasar ini dilakasanakan ialah bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum serta menyusun semula masyarakat. Positif dari langkah yang diambil oleh
kerajaan ialah untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.
Dalam aspek sosial juga turut
mengalami impak negatif dari peristiwa ini. Perpaduan yang dipupuk selepas
kemerdekaan telah hilang serta merta apabila sikap saling benci-membenci di
antara kedua-dua kaum semakin menebal. Perkara ini disokong oleh perasaan ingin
membalas dendam yang ditanam dalam sanubari masing-masing. Walaupun perselisihan
faham ini hanya berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi ianya turut merebak di
kawasan-kawasan yang terdekat. Namun begitu, negeri-negeri lain tidak mengalami
keadaan seperti ini kerana tindakan yang boleh mencetuskan konflik masih belum
berlaku. Keadaan sosial penduduk di kawasan Kuala Lumpur adalah dalam paras
paling teruk. Hal ini di buktikan sendiri dengan sikap orang Cina yang
dikatakan tidak menggunakan perkhidmatan teksi yang ditawarkan oleh orang Melayu. Begitu juga dengan masyarakat
kaum Melayu yang tidak menjalinkan
hubungan perniagaan dengan masyarakat kaum Cina. Melalui permasalahan ini
membawa kerajaan untuk melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada Ogos 1971.
Dasar ini berteraskan perpaduan kebudayaan rakyat asal negara ini dan seterusnya
menjadikan agama islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
Dalam aspek politik, peristiwa 13 mei
telah membawa perubahan yang drastik terhadap sistem politik di
Malaysia. Hal ini kerana sistem politik yang diamalkan sebelum kejadian
peristiwa tersebut ialah berbentuk politik demokrasi yang terlalu bebas kepada
sistem politik yang lebih terkawal dan efisien. Kesan peristiwa hitam ini telah
memperlihatkan penggantungan parlimen dan penundaan pilihan raya bagi Sabah dan
Sarawak. Di samping itu, aktiviti politik juga diharamkan serta penahanan
pemimpin politik seperti Lim Kim Siang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri pada 1 Oktober 1970. Seterusnya, aktiviti penyiaran dan penapisan
media massa turut dijalankan untuk mengelakkan kejadian tersebut daripada
berulang. Penggabungan parti-parti politik telah membawa kepada pembentukkan
Barisan Nasional pada 1 Jun 1974. Perkara ini telah menunjukkan keupayaan UMNO
sebagai tunjang utama yang boleh memainkan peranan penting dalam pelbagai parti yang mewakili
kaum yang berbeza.
No comments:
Post a Comment