PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 1
BAHAGIAN
A (SOALAN 1)
1a.) Nyatakan dua kepentinan masyarakat kepada
perniagaan. [2]
b.) Perihalkan tiga tahap perniagaan yang wujud
dalam kegiatan ekonomi sesebuah Negara. c.)Apakah maksud pengorganisasian? [2]
d.) Nyatakan tiga prinsip asas pengurusan
saintifik yang dipelopori oleh Frederick W. Taylor.[3]
e.)erihalkan tiga ciri rancangan taktikal. [3]
f.)Jelaskan maksud kualiti dalam pengeluaran. [2]
g.)Nyatakan empat asas pemetakan pasaran
barangan pengguna. [2]
h.)Terangkan dua kebaikan perekayasaan semula
(reengineering). [2]
i.) Nyatakan tiga kelebihan pembuatan keputusan
secara berkumpulan. [3]
j.) Jelaskan maksud perhubungan industry dalam
konteks pengurusan sumber manusia. [3]
(STPM
2011)
2a.)Jelaskan maksud untung.
b.)Nyatakan dua kebaikan perkongsian.
b.)Nyatakan dua kebaikan perkongsian.
c.) Nyatakan empat pendekatan pengurusan Jepun
yang dapat memberikan motivasi kepada pekerja mereka. d.)Jelaskan maksud perancangan. e.)Nyatakan empat elemen utama dalam huraian
kerja.
f.) Nyatakan empat sumber dana jangka pendek yang
boleh digunakan oleh seseorang peruncit.
g.) Huraikan tiga alat kawalan inventori.
h.) Jelaskan maksud prinsip doktrin punca
terdekat. [3]
i.) Huraikan keperluan kemahiran manusia kepada
pengurus peringkat pertengahan. [3]
j.) Terangkan tiga kaedah yang dilakukan oleh individu untuk mengurus ketegangan.
j.) Terangkan tiga kaedah yang dilakukan oleh individu untuk mengurus ketegangan.
(STPM
2010)
3. a.)
Nyatakan empat isu perniagaan yang perlu ditangani oleh para pengurus
pada masa hadapan. [2]
b.) Perihalkan dengan ringkas bagaimana kenaikan
gaji kakitangan awam menyumbang kepada pendapatan Negara. [3]
c.) Nyatakan empat peringkat dalam proses
pembinaan pasukan. [2]
d.) Nyatakan tiga kepentingan aktiviti
perancangan kepada sesebuah organisasi. [3]
e.) Nyatakan peranan pengurus sebagai pendorong. [3]
f.) Nyatakan
empat kaedah penetapan belanja promosi. [2]
g.) Jelaskan dengan ringkas kesan kepada emosi
pekerja apabila tindakan hukuman dikenakan terhadap mereka. [3]
h.) Perihalkan kaedah penentuan harga berdasarkan
persaingan. [2]
i.) Senaraikan factor luaran organisasi yang
menyebabkan stress kepada pekerja. [3]
j.) Apakah yang dimaksudkan dengan pembuatan
keputusan. [2]
(STPM 2009)
4. a.) Nyatakan tiga kepentingan agensi kerajaan
kepada perniagaan. [3]
b.) Nyatakan perbezaan antara fungsi persekitaran
umum dengan fungsi persekitaran tugas. [2]
c.) Huraikan dengan ringkas tiga sebab mengapa
pengurus perlu merancang perniagaan. [3]
d.) Apakah yang dimaksudkan dengan visi, misi dan objektif? [3]
e.) Apakah yang dimaksudkan dengan faktor penjagaan (hygiene) dalam Teori
Motivasi Dua Faktor Frederick Herberg? [3]
f.) Jelaskan tiga prinsip utama yang ditekankan
dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). [3]
g.) Nyatakan dua prinsip tambahan di bawah
prinsip ganti rugi insurans. [2]
h.) Nyatakan dua langkah dalam proses pemasaran. [2]
i.) Nyatakan dua situasi dalam membuat keputusan
berisiko. [2]
j.) Nyatakan dua langkah dalam proses membuat
keputusan. [2]
(STPM
2008)
5. a.) Nyatakan kepentingan persaingan dan
sosiobudaya kepada organisasi perniagaan. [2]
b.) Jelaskan maksud perniagaan berasaskan
pengeluaran barangan industri dan berikan contoh. [3]
c.) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi
motivasi pekerja. [3]
d.) Jelaskan maksud cekap dan berkesan mengikut
Peter Drucker. [2]
e.) Jelaskan perkaitan antara perancangan dengan
pengorganisasian. [3]
f.) Perihalkan dua bahagian dalam analisis kerja. [2]
g.) Nyatakan tiga fungsi pembungkusan sesuatu
produk. [3]
h.) Nyatakan dua kebaikan penggunaan perisian
Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD). [2]
i.) Jelaskan tiga maklumat yang relevan untuk
membuat keputusan dalam pembelian sebuah kereta kegunaan keluarga. [3]
j.) Jelaskan konsep Tajamkan Gergaji yang
disarankan oleh Stephen R. Covey dalam bukunya Tujuh Tabiat Orang Yang Berkesan
yang bersesuaian dengan keperluan untuk membentuk modal insane. [2]
(STPM
2007)
6. a.) Jelaskan maksud jaringan perniagaan. [2]
b.) Dengan menggunakan pisang sebagai contoh,
nyatakan perbezaan antara barangan consumer dengan barangan industri. [3]
c.) Huraikan tiga elemen Teori Sistem dalam
pendekatan evolusi pengurusan. [3]
d.) Jelaskan maksud strategi dan taktik. [2]
e.) Senaraikan empat kepentingan motivasi kepada
organisasi. [2]
f.) Jelaskan maksud harga psikologi dan berikan
satu contoh. [2]
g.) Namakan tiga jenis susun atur kilang dan
berikan satu contoh keluaran yang sesuai bagi setiap jenis susun atur. [3]
h.) Nyatakan empat jenis ujian untuk memilih
pekerja. [2]
i.) Jelaskan tiga sebab mengapa pengurus
peringkat pertengahan memerlukan kemahiran teknik. [3]
j.) Nyatakan enam kesan ketegangan pekerja
terhadap organisasi. [3]
(STPM
2006)
7. a.)
Nyatakan empat konsep asas perniagaan. [2]
b.) Nyatakan dua sebab mengapa seorang peniaga
keempunyaan tunggal sanggup menggunakan lebih masa dan usaha untuk mengurus perniagaannya. [2]
c.)
Jelaskan dua peranan pengurus sebagai seorang komunikator. [2]
d.) Jelaskan dua persamaan antara teori motivasi
yang diperolehi oleh Abraham Maslow dan Frederick Herzberg. [2]
e.)
Nyatakan tiga ciri kawalan yang berkesan. [3]
f.)
Jelaskan perbezaan antara pemasaran dan jualan. [2]
g.)
Jelaskan maksud kelebaran campuran
dan kedalaman campuran bagi sesuatu
produk dengan memberikan contoh yang sesuai. [3]
h.)
Jelaskan maksud sistem pembuatan
luwes dan nyatakan dua kebaikan penggunaan system tersebut. [3]
i.) Jelaskan tiga faktor individu yang boleh
menimbulkan ketegangan. [3]
j.)
Jelaskan maksud kreativiti dan senaraikan empat ciri pekerja yang boleh
menghasilkan sesuatu yang bersifat kreatif. [3]
(STPM
2005)
8. a.) Jelaskan maksud perniagaan tahap tertiar dan
berikan empat contoh perniagaan tersebut. [3]
b.) Dengan menggunakan contoh industri minyak
kelapa sawit, jelaskan bagaimana proses tambah nilai berlaku. [2.5]
c.) Terangkan konsep yang berikut.
i.) Tanggungjawab
ii.) Akauntabiliti [2]
d.) Terangkan maksud gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan bebas (laissez-faire) dalam
sesebuah organisasi kerja. [2]
e.) Namakan tiga tokoh dalam Pengurusan Saintifik
dan penemuan masing-masing. [3]
f.) Jelaskan maksud ISO 9000. [2]
g.) Nyatakan lima ciri demografi yang lazim digunakan di Malaysia dalam
proses pemetakan pasaran. [2.5]
h.) Senaraikan enam pihak yang berkekpentingan
terhadap penyata kewangan syarikat. [3]
i.) Data yang berikut menunjukkan jumlah unit
jualan mingguan yang dibuat oleh dua orang jurujual bagi lima minggu berturut-turut.
Jurujual
|
Minggu
|
||||
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
|
A
|
96
|
82
|
72
|
60
|
90
|
B
|
84
|
87
|
64
|
60
|
65
|
i.)
Hitung min jualan dan sisihan
piawai jualan bagi setiap jurujual.
ii.)
Jurujual yang manakah yang
lebih tekal jualannya? [3]
j.) Senaraikan empat program sokongan keluarga
yang boleh digunakan dalam pendekatan pengurusan ketegangan bagi sesebuah
organisasi. [2]
(STPM
2004)
9. a.) Galurkan hubungan antara perkembangan ekonomi
negara dengan pelanggan. [2]
b.) Huraikan tiga sumbangan sektor swasta kepada
Negara. [3]
c.) Terangkan tiga peranan seorang pengurus
seperti yang dianjurkan oleh Henry Minitzberg. [3]
d.) Terangkan hubungan antara strategi dengan
taktik. [2]
e.) Nyatakan empat ciri perlakuan manusia
mengikut ‘teori Y’ yang dianjurkan oleh Douglas McGregor. [2]
f.) Huraikan tiga asas pemetakan pasaran. [3]
g.) Huraikan tiga penyata utama dalam Penyata
Kewangan sesebuah syarikat. [3]
h.) Nyatakan pihak yang terlibat dalam sistem
perhubungan industri di Malaysia . [2]
i.) Senaraikan dua kaedah membuat keputusan. Berikan dua alat bagi setiap kaedah tersebut. [3]
j.) Ada
pendapat yang mengatakan, jika “tabii menang-menang” seperti yang dianjurkan
oleh Stephen R. Covey dalam tujuh tabii orang yang berjaya diamalkan, isu air
antara Malaysia dengan Negara jiran telah lama dapat diselesaikan. Jelaskan pendapat ini. [2]
(STPM
2003)
10. a.) Huraikan tiga kepentingan aktiviti perniagaan
kepada ekonomi negara. [3]
b.) Nyatakan tiga perbezaan selain daripada
faktor perundangan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan
perniagaan. [3]
c.) Huraikan tiga peranan pengurus dalam sesebuah
organisasi. [3]
d.) Jelaskan maksud autoriti lini dan autoriti
staf. [2]
e.) Berikan contoh dan terangkan maksud
perkara-perkara yang berikut.
i.) Belanjawan tunai
ii.) Belanjawan modal
iii.)
Pembiayaan hutang jangka panjang [3]
f.) Nyatakan tiga jenis pengeluaran dan huraikan
setiap jenis pengeluaran tersebut secara ringkas. [3]
g.) Nyatakan empat perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh pemiutang dalam menentukan polisi kredit. [2]
h.) Terangkan dua prinsip pengurusan kualiti
menyeluruh. [2]
i.) Nyatakan lima punca ketegangan yang berpunca daripada
individu itu sendiri. [2.5]
j.) Nyatakan
tiga keadaan persekitaran dalam membuat keputusan.
[1.5]
(STPM
2002)
11. a.) Senaraikan enam elemen persekitaran umun
organisasi. [3]
b.) Dari segi perundangan, bandingkan ketiga-tiga
entity perniagaan yang berikut.
i.) Perkongsian
ii.)
Syarikat Sendirian Berhad
iii.)
Koperasi [3]
c.) Huraikan maksud keberkesanan dan kecekapan
dalam pengurusan. [2]
d.) Huraikan maksud autoriti dan tanggungjawab
dalam pengurusan. [2]
e.) Huraikan maksud dasar dan prosedur dalam
pengurusan. [2]
f.) Huraikan maksud perekayasaan semula (reengineering). [2]
g.) Nyatakan tiga komponen utama penyata pendapatan
dan kunci kira-kira. [3]
h.) Huraikan kepentingan insurans kepada sesebuah
perniagaan. Berikan dua contoh jenis
insurans perniagaan. [2]
i.) Huraikan maksud pembuatan keputusan secara
kualitatif dan pembuatan keputusan
secara kuantitatif. Berikan contoh. [3]
j.) Terangkan tiga faktor kejayaan seimbang. [3]
(STPM
2001)
12. a.)
Huraikan tiga kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat. [3]
b.)
Jelaskan maksud perniagaan tahap huluan dan berikan contoh. [1.5]
c.)
Huraikan tiga kebaikan penugasan autoriti. [3]
d.) Apakah yang dimaksudkan dengan faktor
dorongan yang diketengahkan dalam “Teori Dua Faktor”? Nyatakan empat factor dorongan dalam teori
tersebut. [3]
e.)
Huraikan tiga jenis maklumat yang digambarkan oleh carta organisasi. [3]
f.)
Nyatakan lima kepentingan penilaian prestasi kepada organisasi. [2.5]
g.)
Senaraikan lima fungsi pemasaran. [2.5]
h.)
Jelaskan tiga prinsip insurans. [3]
i.)
Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada Syarikat Bas Ekspres
Bayu bagi minggu pertama operasinya.
Hari
|
Bilangan penumpang
|
Isnin
|
31
|
Selasa
|
38
|
Rabu
|
42
|
Khamis
|
38
|
Jumaat
|
42
|
Sabtu
|
40
|
Ahad
|
42
|
Hitung min, median dan mod penumpang
bas ekspres itu bagi minggu tersebut. [1.5]
j.) Nyatakan empat langkah yang terlibat dalam
penyelesaian masalah yang menggunakan analisis tulang ikan. [2]
(STPM
2000)
13. a.) Berikan empat faktor pengeluaran bagi
perniagaan. [2]
b.)
Nyatakan empat tahap yang dilalui oleh sesebuah kitaran ekonomi. [2]
c.)
Nyatakan empat fungsi utama dalam suatu proses pengurusan. [2]
d.)
Bezakan antara perancangan strategic dengan perancangan taktikal. [3]
e.)
Huraikan dengan ringkas tiga gaya
kepemimpinan dalam sesebuah organisasi. [3]
f.)
Berikan tiga peringkat pengurusan dan terangkan perbezaan ketiga-tiga
peringkat tersebut.[3]
g.)
Jelaskan maksud pemetakan pasaran, dan berikan empat faktor yang boleh
digunakan untuk pemetakan pasaran. [3]
h.)
Jelaskan dua objektif utama sesebuah organisasi melaksanakan pendekatan
Pengurusan Kualiti Mengeluruh (TQM). [2]
i.)
Terangkan maksud kemahiran konsep seorang pengurus. Berikan satu contoh. [2.5]
j.)
Nyatakan lima
langkah yang berurutan dalam proses membuat keputusan secara rasional. [2.5]
(STPM
1999)
No comments:
Post a Comment