Followers

Monday, April 30, 2012

BUAT MU KEKASIH

Sayangku, kenalilah musim hujan yang basah dan kemarau yang meranggaskan daun-daun kering
di sepanjang hari dalam dua belas purnama karena cintaku bersemi di dua musim ...kenalilah gelisah angin di antara buluh-buluh bambu yang meliuk ke kanan dan meliuk ke kiri yang menggemerisik di antara sunyi karena ada bisikan tentang gelisahku ketika senja turun di bukit-bukit tak berpenghuni ada rona yang dilukiskan pada latar langitnya merah membara dan kadang-kadang lembayung .kenalilah warnanya yang disapukan dari rinduku. 
sayangkumalam-malamku adalah catatan tentang cinta,dinginnya menghangatkan dan memberi aroma rasa..aku jejaki purnama yang tenggelam di antara awan dan aku ingin terbenam bersama cinta yang kau bawa..

 

SEJARAH PERISTIWA 13 MEI 1969


Peristiwa 13 Mei 1969 sememangnya satu peristiwa yang meninggalkan detik sejarah hitam dalam negara. Keadaan pentadbiran negara pada waktu itu adalah tidak terkawal dan telah menyebabkan impak negatif yang besar terhadap ekonomi negara. Misalnya, di sekitar Kuala Lumpur merupakan antara kawasan yang paling teruk mengalami insiden ini kerana kesesakan lalu lintas juga adalah salah satu faktor yang menyokong kepada kelancaran kegiatan harian tergendela. Namun begitu, keadaan semakin tidak terkawal apabila rusuhan kaum di antara kaum Melayu dan Cina berlaku. Tindakan ganas seperti bunuh-membunuh antara kedua-dua kelompok kaum ini menyebabkan banyak rumah dan bangunan yang mengalami kerosakkan. Kegiatan ekonomi terjejas apabila para peniaga tidak dapat keluar seperti biasa untuk menjalankan kegiatan mereka kerana aspek keselamatan adalah tidak terjamin. Peristiwa ini juga turut melibatkan kegiatan perlombongan turut terjejas kerana ramai orang Cina yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Walaupun mungkin kejadian ini berlaku tetapi kesahihan untuk membuktikan ianya berlaku tidak dapat diperolehi kerana tiada bukti yang nyata untuk menyokong perisitiwa tersebut. Sememangnya keadaan negara yang bergolak turut menyebabkan para pelabur luar juga akan berasa tidak selesa dan takut kerana ianya pasti akan merugikan mereka. Peristiwa ini telah menyebabkan kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Objektif utama dasar ini dilakasanakan ialah bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat. Positif dari langkah yang diambil oleh kerajaan ialah untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.
          Dalam aspek sosial juga turut mengalami impak negatif dari peristiwa ini. Perpaduan yang dipupuk selepas kemerdekaan telah hilang serta merta apabila sikap saling benci-membenci di antara kedua-dua kaum semakin menebal. Perkara ini disokong oleh perasaan ingin membalas dendam yang ditanam dalam sanubari masing-masing. Walaupun perselisihan faham ini hanya berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi ianya turut merebak di kawasan-kawasan yang terdekat. Namun begitu, negeri-negeri lain tidak mengalami keadaan seperti ini kerana tindakan yang boleh mencetuskan konflik masih belum berlaku. Keadaan sosial penduduk di kawasan Kuala Lumpur adalah dalam paras paling teruk. Hal ini di buktikan sendiri dengan sikap orang Cina yang dikatakan tidak menggunakan perkhidmatan teksi yang ditawarkan oleh  orang Melayu. Begitu juga dengan masyarakat kaum  Melayu yang tidak menjalinkan hubungan perniagaan dengan masyarakat kaum Cina. Melalui permasalahan ini membawa kerajaan untuk melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada Ogos 1971. Dasar ini berteraskan perpaduan kebudayaan rakyat asal negara ini dan seterusnya menjadikan agama islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
          Dalam aspek politik, peristiwa 13 mei telah membawa perubahan yang drastik terhadap sistem politik di Malaysia. Hal ini kerana sistem politik yang diamalkan sebelum kejadian peristiwa tersebut ialah berbentuk politik demokrasi yang terlalu bebas kepada sistem politik yang lebih terkawal dan efisien. Kesan peristiwa hitam ini telah memperlihatkan penggantungan parlimen dan penundaan pilihan raya bagi Sabah dan Sarawak. Di samping itu, aktiviti politik juga diharamkan serta penahanan pemimpin politik seperti Lim Kim Siang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1 Oktober 1970. Seterusnya, aktiviti penyiaran dan penapisan media massa turut dijalankan untuk mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang. Penggabungan parti-parti politik telah membawa kepada pembentukkan Barisan Nasional pada 1 Jun 1974. Perkara ini telah menunjukkan keupayaan UMNO sebagai tunjang utama yang boleh memainkan peranan  penting dalam pelbagai parti yang mewakili kaum yang berbeza.      

Sunday, April 29, 2012

SAHABAT...

setiap manusia di dunia ini memerlukan teman ... teman hidup ataupun teman untuk mengisi kedukaan ... kata org .. kata org ''teman gembira beribu,teman bersedih biarlah satu''  . kadang bila kita perlukan seseorang dalam kesedihan .. tak kan mungkin kita akan meluahkan kepada sesepa sehaja .. mesti kita akan cari teman setia untuk mendengar kata2 dan luahan masalah kita kepadanya . erm.. begitu lah lumrah hidup manusia kat dunia ni .. bnyak sngt ragam .. apa2 pun.. yang bek tu dtg nye dri allah s.w.t . kita harus lah pandai memilih sahabat ,rakan yg bek agar kita x terjerumus dalam kemaksiaatan ..dan di jauhi kemungkaran ...

Saturday, April 28, 2012

CINTA .. is LOVE


Setiap percintaan ini penuh bermakna kerana cinta ada yang tidak boleh di lupakan,setiap apa yang di kenang mesti mencuit hati.Manusia yang bercinta tidak kira usia asalkan cinta itu berputik dan bahagiasentosa, tiada cinta di hati seseorang itu,tiadalah kebahagian cinta di hatinya.Kadang kala ada cinta di permainkan, tak kira lelaki atau wanita mesti ada yang nak di permainkan adakah itu cinta..? bagi saya itu bukan cinta. Jika kita bercinta mestilah jujur dan ada keikhlasan di hati. Dikalangan remaja sekolah ramai yang bercinta monyet macam bercinta tidak ikhlas dan jujur pun ada hahaha macam-macam itulah, tapi sebenarnya cinta ini ada dugaan masinng-masing. So apa pun kita just berdoa pada yang esa agar temukan kita dengan jodoh yang sempurna. Amin....


Friday, April 27, 2012

PELAJAR CEMERLANG


Pelajar Cemerlang
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.


Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia juga sedar bahawa segala perbuatannya adalah sentiasa diperhatikan oleh Allah S.W.T./ Tuhan yang maha Esa.

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. 
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 

Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 

Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T./Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ia juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI?
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:
1.    Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
2.    Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
3.    Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
4.    Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
5.    Menjawab soalan-soalan yang  berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
6.    Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)
Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.
Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.
Merancang Program Mengulangkaji
   Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.
   Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan. 
   Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
   Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran
   Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar. 
   Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
   Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
   Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
   Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.
Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji
Mata Pelajaran Yang Anda Lemah
   Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa. 
   Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.
Mata Pelajaran Yang Anda Kuat
   Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
   Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda. 
   Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.
Menilai Keupayaan Anda
Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.
1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan 
Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan
Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya. 
3. Penilaian Secara Lisan
Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan
Mencari Sebab (Post-Mortem)
Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.
Sebab-sebab kesalahan berlaku:
Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. 
Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.
Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. 
Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.
Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami.
Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.
Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. 
Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.
Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan.
Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.
Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:
   Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran. 
   Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. 
   Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali. 


Thursday, April 26, 2012

''KEDEKUT MARKAH ''


Biasanya apabila seorang pelajar gagal dalam peperiksaan ataupun dalam ujian pasti akan didenda dengan pelbagai cara salah satunya adalah merotan pada bahagian tangan pelajar untuk memberi pengajaran pada pelajar tersebut agar tidak gagal pada ujian seterusnya. Lain pula yang di lakukan oleh seorang guru di sebuah sekolah menenggah atas  yang mengadakan ujian pada setiap minggu yang dipanggil UJIAN BUKAN-BUKAN  untuk memajukan pelajarnya daripada terus gagal dalam subjek yang diajarnya.. Dalam 1 minggu,ujian akan diadakan sebanyak 2 kali. Sesiapa yang gagal dalam ujian tersebut akan didenda seperti yang berikut:

Kertas kosong= RM 5

Dibawah 10 markah = RM 1

Dibawah 40 markah= RM0.50

Lulus = 40 markah ke atas, tiada bayaran dikenakan tetapi usaha harus diteruskan.



Cuba bayangkan kalau denda ini berlangsung selama 6 @ 5 bulan sebelum peperiksaan STPM sebenar , pasti duit denda tersebut boleh buat parti besar-besaran.
Slogan pengajian perniagaan.. “ kedekut markah demi kebaikan diri”
Cara ini adalah yang terbaik untuk meningkatkan lagi usaha dari terus gagal dalam subjek PP.

Wednesday, April 25, 2012

PENDERAHAN KANAK-KANAK


Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen "Keluarga Bahagia" bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

MYSELF ...


Hey, this is my homepage, so I have to say something about myself. Sometimes it is hard to introduce yourself because you know yourself so well that you do not know where to start with. Let me give a try to see what kind of image you have about me through my self-description. I hope that my impression about myself and your impression about me are not so different. Here it goes.
I am a person who is positive about every aspect of life. There are many things I like to do, to see, and to experience. I like to read, I like to write; I like to think, I like to dream; I like to talk, I like to listen. I like to see the sunrise in the morning, I like to see the moonlight at night; I like to feel the music flowing on my face, I like to smell the wind coming from the ocean. I like to look at the clouds in the sky with a blank mind, I like to do thought experiment when I cannot sleep in the middle of the night. I like flowers in spring, rain in summer, leaves in autumn, and snow in winter. I like to sleep early, I like to get up late; I like to be alone, I like to be surrounded by people. I like country’s peace, I like metropolis’ noise; I like the beautiful west lake in Hangzhou, I like the flat cornfield in Champaign. I like delicious food and comfortable shoes; I like good books and romantic movies. I like the land and the nature, I like people. And, I like to laugh.
i always wanted to be a great writer, like Victor Hugo who wrote "Les Miserable", or like Roman Roland who wrote "John Christopher". They have influenced millions of people through their books. I also wanted to be a great psychologist, like William James or Sigmund Freud, who could read people’s mind. Of course, I am nowhere close to these people, yet. I am just someone who does some teaching, some research, and some writing. But my dream is still alive.
This is a brief introduction of myself. If you are interested in knowing more, read my  or take a look at my  Do not expect too much, and keep your sense of humor.

Tuesday, April 24, 2012

Pengajian am - pengenalan bahagian D



Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am 
BAHAGIAN D
*Jawab satu soalan drpd 2.
*sediakan media yg sesuai
*Bentuk-bentuk grafik :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta Pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan
BENTUK / JENIS SOALAN
1. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen
2. Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan
3. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan satu graf garis yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport setiap barangan pembuatan dari tahun 1999 hingga 2003.
Media : graf garis kompaun
4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun
5. Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)
MAKLUMAT DALAM SOALAN
1. MEDIA (JELAS / KABUR)
2. ISU (CTH : KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI)
3. TEMPAT (MALAYSIA, PERAK)
4. TEMPOH (TAHUN)
5. TUJUAN
TAJUK MEDIA
*Tedapat 3 perkara penting dalam tajuk :
1. Tempat (Malaysia, Perak)
2. Perkara (guna tenaga dalam sektor)
3. Tempoh (tahun, penggal)
*sekiranya 1 daripada 3 perkara ini salah markah akan dipotong.


NILAI ATAU ANGKA DALAM MEDIA
CARTA PAI
 
*mesti dalam nilai %
*boleh ditulis di dalam atau di luar sektor
*tulis angka dengan jelas
*simbol angka mesti ditulis dengan jelas selepas angka
*elakkan menulis angka mutlak di dalam sektor
MAKLUMAT PENTING DALAM CARTA PAI
*TAJUK
*TEMPOH
*PERATUS DALAM SETIAP SEKTOR
*JUMLAH BESAR
*NISBAH JEJARI
*PETUNJUK
*SUMBER
MAKLUMAT PENTING DALAM GRAF
*TAJUK
*LABEL PERKARA / UNIT PAKSI
*TITIK ORIGIN "SUDUT PAKSI '0' "
*SKALA
*PETUNJUK
*SUMBER
PANDUAN MENENTUKAN MEDIA
1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
 
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara
 
terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
 
1. jenis barangan
2. negara-negara
2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
 
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
 
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah
jenis media grafik


1. Carta Pai Bertingkat
Contoh Item:
 
Komponen barangan eksport dan negara pengimport
 
Carta Pai yang sesuai ialah Carta Pai Bertingkat
Rasional: 2 item yang berbeza iaitu barangan dan negara
2. Carta Pai Berbanding / 2 buah pai berasingan
Contoh Item:
 
Perbandingan item yang sama bagi barangan sama ada import, eksport atau pengeluaran yang mempunyai perbezaan
 
• tahun, cth. Tahun 2000 dan 2005(anggaran) atau
 
• negara, cth. Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak atau
 
• tempoh tertentu contoh Rancangan Malaysia Ke 5 dan Rancangan Malaysia Ke 6
 
* ingatan :
 
Jumlah keseluruhan bagi setiap pai perlu dibubuh dan disemak sebelum menghantar jawapan. Kecuaian yang sedikit menjejaskan keseluruhan markah graf anda
3. Graf Bar Piramid
Contoh Item:
 
a. kadar kemiskinan
 
b. etnik
 
c. luar bandar dan bandar
 
d. tahun
 
ATAU
 
a. bandar dan luar bandar
 
b. jantina
 
c. etnik
 
d. ijazah/diploma
 
• graf yang sesuai ialah graf bar piramid
 
Rasional: sekurang-kurangnya 4 item, Jika 3 butiran- graf bar biasa
4. Graf Bar/Garis Komponen
Petunjuk yang digunakan – ada perkataan
 
• Komponen
 
• Jumlah
 
Sekiranya tidak ada ada – graf bar kompaun
5. Graf Garis kompaun
Sekiranya soalan tidak menyatakan jenis graf tetapi
 
• ada perkataan pola atau
 
• ada perkataan menunjukkan aliran
 
medium yang sesuai ialah graf garis kompaun
6. Graf Bar Gabungan
Contoh Item:
 
a. Kuantiti – unit tan metrik
 
b. harga/pendapatan – unit RM
 
ATAU
 
a. bilangan kenderaan – unit buah
 
b. pungutan tol – unit RM
 
• pastikan graf bar Kompaun atau komponen dan bergabung dengan
 
• graf garis kompaun atau komponen (rujuk petunjuk bagi menentukan medium)
 
Rasional: 2 unit yang berbeza tidak boleh berada pada satu paksi yang sama

Graf Bar Imbangan
Sekiranya soalan memerlukan pengiraan perubahan peratus
 
Rasional: kemungkinan jawapan bagi nilai perubahan yang dikira adalah dalam bentuk negatif dan positif
NOTA: selain daripada yang di atas ia mungkin graf bar kompaun atau graf garis kompaun bergantung kepada Kehendak Soalan. Oleh itu berhati-hati semasa menentukan jenis medium yang dikhendaki oleh soalan.

soalan percubaan sej stpm 2010 kertas 2



SEJARAH KERTAS 2 PAHANG BAHAGIAN A
1. Jelaskan perubahan peranan Raja pada sebelum & selepas penjajahan British di Tnah Melayu.
 
2. Bincangkan sistem ekonomi masyarakat Melayu sblum campurtangan British.
 
3. Terangkan ciri2 Persekutuan tanah Melayu 1948 & eraksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.
 
4. Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar Melayu menyebabkan berlaku penentangan di Perak & Pahang pada aaabad ke-19
5. Bncngkan peranan & sumbangan bidang kewartawanan di Tanah Melayu dlm membangkitkan Gerakan Nasionalisme Melayu sebelum perang dunia ke-2.
6. Jelaskan ksan politik,ekonomi & sosial akibat kependudukan Jepun di Tnah Melayu antara tahun 1942-1948.
BAHAGIAN B
7. Bincangkan agama & kepercayaan yg diamalkan oleh masyarakat Thailand Dan Myanmar sebelum kedatangan kuasa2 Barat.
8. Bincangkan Dasar Tutup Pintu yg dijalankan oleh China & Jepun pada awal abad ke 19.
9. Bncangkan tindak balas masyarakat peribumi terhadap kuasa2 asing di rantau Asia Tenggara.
10. Bincangkan kesan2 Perjanjian Kanagawa di Jepun & Perjanjian Bowring di Thailand terhadap negara berkenaan.
11. " Peletusan Dahagi India pd tahun 1857 & Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1911 adalah disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap Inggeris". jelaskan faktor2 kebangkitan gerakan penentangan tersebut.
12. Sejauhmanakah peranan yg dimainkan oleh golongan intelektual menjadi faktor utam dalam peletusan Revolusi 1911 di China & Revolusi 1932 di Thailand?

NEGERI KEDAH
BAHAGIAN A
1. Bincangkan sistem politik Melayu sebelum campur tangan British.
 
2. Sejauh manakah masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu mengamalkan ekonomi sara diri sebelum campur tangan British.
 
3. Bincangkan faktor-faktor tindakbalas golongan pembesar di Perak dan Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung abad ke-19.
 
4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu NNMB antara tahun 1874-1941.
 
5. Jelaskan perubahan-perubahan Perlembagaan Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga 1957.
 
6. Sejauh manakah sentimen antikomunis telah mempengaruhi penggubalan dasar luar Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga 1963.
 
BAHAGIAN B
7. Bincangkan adat masyarakat tempatan di Myanmar dan Vietnam sebelum campur tangan peluasan pengaruh Barat.
 
8. Bincangkan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun sehingga pertengahan abad ke-19.
 
9. Bandingkan proses pengilhakan Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.
 
10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Filipina dan India terhadap kuasa Barat pada abad ke-19.
 
11. Bandingkan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China dan Revolusi Siam pada awal abad ke-20.
 
12. Bagaimanakah pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada pertengahan abad ke-20.
 


JOHOR
BAHAGIAN A
1. . Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat.
2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.
3. Sejauh manakah perasaan tidak puas hati pembesar menyebabkan berlakunya penentangan di Perak dan Pahang pada abad ke-19.
4. Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.
5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957.
6. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan persekutuan bagi mencapai matlamat perpaduan kaum di Malaysia melalui pendidikan dalam tempoh antara tahun 1956 hingga 1963.

BAHAGIAN B
7. Bandingkan sistem adat yang diamalkan dalam masyarakat tradisional di China dan India sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.
8. Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Siam dan Vietnam pada abad ke-19.
9. Sistem ekonomi di Filipina dan Indonesia pada abad ke 19 merupakan sistem yang menindas peribumi. Bincangkan.
10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indochina pada abad ke-19.
11. Huraikan sumbangan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji dalam pemodenan negara masing-masing dari tahun 1868 hingga 1910.
12. Bandingkan dasar luar India dengan dasar luar Vietnam selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan

PERAK
BAHAGIAN A Jawab dua soalan sahaja
1. Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam institusi pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campurtangan British.
2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campurtangan British
3. Huraikan tindak balas masyarakat Melayu terhadap pentadbiran British di Perak dan Pahang pada akhir abad ke 19 .
 
4. Jelaskan implikasi penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 sepanjang abad ke 19.
 
5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu dari tahun 1949 hingga tahun 1957.
6. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hungga tahun 1963.
 
BAHAGIAN B
7. Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan di India sebelum kedatangan Barat.
8. Bincangkan dasar tutup pintu yang dijalankan oleh China dan Jepun pada awal abad ke 19.
9. Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo di Burma 1828 dan Perjanjian Nangking di China 1842.
10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di India dan di Indo China pada abad ke 19.
11. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.
12. Huraikan perkembangan ekonomi di Negara Filipina dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan



PERLIS
Bahagian A
1. Bincangkan sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British.
2. Jelaskan peristiwa2 penting yg berlaku di Perak dan Selangor yg membawa kpd campur tangan British pd tahun 1874.
3. Huraikan faktor2 yg mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
4. Bincangkan dasar politik, sosial, dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga tahun 1945.
5. Jelaskan faktor2 yg membawa kpd penyertaan Sabah dan Sarawak dlm Persekutuan Malaysia 1963.
6. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
Bahagian B
7. Bincangkan adat yg diamalkan oleh masyarakat di China dan India sebelum kedatangan Barat.
8. Bincangkan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di IndoChina pd abad ke-19.
9. Bandingkan kesan2 Perjanjian Nanking 1842 di China dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun.
10. Huraikan langkah2 pemodenan yg dijalankan oleh Maharaja Meiji 1868-1912 dan Raja Chulalongkorn 1868-1910 di Jepun dan Siam.
11. Bincangkan peranan golongan pelajar dlm Gerakan 4 Mei 1919 di China dan peranan golongan Thakin di Myanmar dari tahun 1936 sehingga Perang Dunia Kedua.
12. Bincangkan faktor2 yg membawa kpd meletusnya Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932.

TERENGGANU Bahagian A
1. “Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 mempunyai perbezaan dalam beberapa perkara tertentu”. Berdasarkan pernyataan mi, jelaskan perbezaan yang terciapat dalam kedua-dua adat tersebut.
2. Jelaskan reaksi penduduk pribumi terhadap pemerintahan Syarikat Borneo Utara British di Sabah sehingga tahun 1915.
3. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan kolonial di Tanah Melayu hingga tahun 1941.
4. Bincangkan dasar dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tahun 1941 hingga tahun 1945.
5. Mengapakah pada peringkat awal, pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan Malaysia?
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara ASA, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, dan Komanwel sejak tahun 1957.

Bahagian B
7. Bincangkan struktur dan peranan pembesar di Siam dan Jepun sebelum campur tangan Barat.
8. Bincangkan proses pengilhakan kuasa Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.
9. Bincangkan usaha pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn 1868-1910 dan usaha pemodenan Jepun semasa pemerintahan Maharaja Meiji 1868- 1912.
10. Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand menunjukkan satu aliran berbeza berbanding gerakan nasionalisme negara-negara lain di Asia Tenggara.
11. Bincangkan kejayaan perjuangan Gerakan 4 Mei di China dan Gerakan Thakin di Burma.
12. Bincangkan kejayaan Amerika Syarikat mengukuhkan fahaman demokrasi di Filipina 1935-1946 dan di Jepun 1945-1952.




KELANTAN
BAHAGIAN A
1. Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.
2. Sejauh manakah ekonomi di Tanah Melayu bersifat sara diri sebelum kedatangan British
3. Bincangkan penentangan penduduka tempatan terhadap pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara SBBU di Sabah dan Pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19
4. Nilaikan kepentingan politik dan ekonomi Perjanjian Persekutuan tahun 1895
5. Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri Komunis mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa tahun 1957 hingga 1963

BAHAGIAN B
7. Huraikan sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat
8. Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19
9. Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19
10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun 1941 hingga 1945 terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma
12. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat SCAP di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952

SABAH
BAHAGIAN A
1. .Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu . [25]
2. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. [25]
3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. [25]
4. Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Melayu. [25]
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. [25]
6. Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia . [25]

BAHAGIAN B
7. Huraikan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. [25]
8. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing. [25]
9. Huraikan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua. [25]
10. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. [25]
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang Dunia Kedua. [25]
12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963. [25]

SELANGOR
Bahagian A
1. Huraikan perlaksanaan Undang-undang Melaka dan Undang 99 Perak sebelum kedatangan barat .
 
2. Bincangkan kesan-kesan perlaksanaan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga 1888.
 
3. Huraikan ciri-ciri utama Sistem Pendidikan Vernakular Melayu dan Inggeris dari tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
 
4. Sejauhmanakah ancaman pengganas komunis mempengaruhi gagasan Malaysia pada tahun 1963.
 
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.
 
6. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia selepas merdeka.
 

Bahagian B
7. Jelaskan sistem perundangan di Asia Tenggara zaman prakolonial pada abad ke 19.
 
8. Analisis faktor-faktor yang membawa campurtangan asing di Asia Tenggara pada awal abad ke 19.
 
9. Bincangkan permodenan Jepun semasa pemerintahan Meiji 1868-1912 dan permodenan Thailand semasa pemerintahan Chulalongkorn 1868 -1910 .
 
10. Huraikan perbezaan gerakan nasionalisme Thailand dengan gerakan nasionalisme di Indonesia.
 
11. Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi 1911 di China dan revolusi 1032 di Siam.
 
12. Bincangkan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial di China dan jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Friday, April 13, 2012

RANGKA JAWAPAN SEJARAH ASIA


Dasar Tutup Pintu dan Dasar Buka Pintu China dan Jepun terhadap kuasa Barat.

                                                                       Pengenalan

1. Dasar tutup pintu -usaha China dan Jepun mengelakkan campurtangan dan kemasukan kuasa asing.
2. China menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa asing khususnya dengan Barat tetapi turut mengenakan sekatan hubungan diplomatik mahupun perdagangan.
3. Jepun mengamalkan dasar isolasi terhadap kuasa Barat yang berusaha mengadakan hubungan perdagangan.
4. Kedua-dua negara beranggapan mampu mengadakan keperluan rakyat dengan mengamalkan ekonomi sara diri.
5. Kebimbangan campurtangan kuasa asing dalam politik tempatan dan cubaan Barat untuk menyebarkan agama Kristian.

                                                Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu di China

1. Kerajaan Manchu berusaha menghadkan perdagangan China dengan Barat.
2. Hubungan perdagangan dikawal rapi - mengelakkan penguasaan asing terhadap ekonomi mereka.Walau bagaimanapun orang asing masih dibenarkan berdagang di Canton.Contohnya tahun 1727 Belanda dibenarkan berdagang di Fukien dan Canton.Portugis dan British juga dibenarkan membuka petempatan di Canton.
3. Usaha menyekat hubungan perdagangan diperhebat semasa pemerintahan Maharaja Chien Lung.
4. Dekri ‘Lapan Peraturan’ diperkenalkan yang menetapkan peraturan-peraturan seperti :

a. Mereka hanya boleh bergerak di kawasan tertentu.Loji-loji - tidak boleh dibina dalam bandar Canton tetapi di luar dinding bandar.Mereka juga memasuki bandar Canton.
b. Urusan dagang hanya boleh dijalankan melalui Co-hong (wakil perdagangan yang disahkan oleh kerajaan Manchu). Co-hong berkuasa penuh untuk menentukan tarif , jumlah import dan eksport, jenis barang-barang dan syarat-syarat perdagangan.
c. Co-hong bertindak sebagai pengantara di antara orang-orang barat dan pegawai kerajaan China.Co-hong - berkuasa mendenda pedagang-pedagang asing.
d. Urusan perdagangan hanya bermula pada musim perdagangan (musim sejuk) dan berhenti pada penghujung musim.Musim lain - anak isteri mereka mesti tinggal di Macao sebagai jaminan supaya pedagang-pedagang asing tidak berdagang di Canton sepanjang tahun.
e. Orang asing - dilarang berkahwin dengan wanita tempatan dan ditegah mempelajari bahasa Cina. Mereka tidak boleh menggunakan sungai dengan bebas dan tidak boleh melawat mana-mana tempat kecuali Flower Garden.

5. Sekatan China ke atas pedagang ,menimbulkan pelbagai masalah birokrasi terutama mengenai Co-hong yang melakukan penipuan dan mengenakan harga yang tinggi.
6. Para pedagang menghantar utusan berunding dengan kerajaan China tetapi tidak dilayan.
7. Kuasa Barat terpaksa menggunakan kekerasan memaksa China membuka pintu pada kuasa-kuasa asing.
8. Berlaku Perang Candu memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking 1842.
9. China menamatkan dasar isolasinya apabila terpaksa membuka pelabuhan iaitu Amoy,Foochow,Ningpo, dan Shanghai.
10. Sistem Co-hong dihapuskan seterusnya Hong Kong diserahkan kepada British.
11. Selain Perjanjian Nanking terdapat perjanjian lain seperti Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Whampao dan Perancis.
12. Dasar China terhadap Barat akhirnya berubah.


                                                   Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu di Jepun

1. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, kerajaan Jepun - menjalin hubungan dengan pedagang asing khususnya Portugis, Belanda , Sepanyol dan British.

2. Persaingan di kalangan kuasa Barat ini untuk mendapatkan hak perdagangan di Jepun telah menimbulkan masalah kepada Jepun.

3. Selain itu usaha penyebaran agama Kristian mendorong Jepun bertindak mengawal kehadiran orang asing.

4. Jepun melarang rakyatnya menjalin hubungan dengan dunia luar. Misalnya rakyat Jepun dilarang melancong ke luar negara malah rakyatnya yang berada di luar negara tidak dibenarkan pulang ke Jepun.

5. Jepun telah memperkenalkan dasar tutup pintu bermula tahun 1638.

6. Walaupun Jepun mengamalkan dasar tutup pintu terdapat juga kuasa-kuasa Barat contohnya Amerika Syarikat berminat menjalin hubungan diplomatik dan pedagangan dengan Jepun (ini terbukti dengan penghantaran utusan Amerika Syarikat pada tahun 1853).

7. Jepun melayan dengan buruk para kelasi kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun.

8. Oleh yang demikian Amerika Syarikat merasakan perlu mewujudkan hubungan baik dengan Jepun bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.Selain itu, Amerika Syarikat memerlukan pelabuhan persinggahan di kawasan lautan Pasifik.

9. Pasa peringkat awal hubungan tersebut mendapat tentangan daripada pembesar istana dan daimyo tetapi akhirnya mereka terpaksa menerima kerana ugutan dari Amerika Syarikat yang akan menggunakan kekerasan bagi menjalin hubungan dengan Jepun.Oleh yang demikian Jepun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa dengan Jepun Amerika Syarikat pada tahun 1854.Amerika Syarikat diwakili oleh Komodor Perry.

10. Mengikut perjanjian itu Jepun membuka dua pelabuhan iaitu Shimoda dan Hokadate.Jepun juga dikehendaki memberikan layanan baik kepada pedagang dan kelasi Amerika Syarikat.Mereka juga dibenarkan membuka konsulatnya di Shimoda.Perjanjian tersebut telah disemak semula pada tahun 1858 yang memberi banyak keistimewaan kepada Amerika.Dengan itu Jepun telah menamatkan dasar isolasinya seterusnya terbuka kepada pengaruh asing terutama dari Amerika.

                                                                         Kesimpulan

1. Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh kedua-dua kuasa sebenarnya untuk menyekat perluasan kuasa asing, mengelakkan penguasaan ekonomi, politik dan agama Kristian ke atas masyarakat tempatan.

2. Walau bagaimanapun akhirnya dasar tutup pintu di kedua-dua buah negara telah berakhir apabila China kalah dalam Perang Chandu dan terpaksa menandatangani serta menerima syarat-syarat Perjanjan Nanking.

3. Manakala Jepun pula terpaksa membuka negaranya kerana diugut oleh Amerika Syarikat dengan kekuatan tentera. Akhirnya terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawa.