Followers

Friday, April 13, 2012

RANGKA JAWAPAN SEJARAH TAMADUN DUNIA


Huraikan ciri-ciri bandar Tamadun Mesopotamia dan Indus.
Pendahuluan :
Bandar merupakan salah satu ciri utama tamadun. Bandar merupakan nadi kepada pembangunan dan perubahan sesuatu tamadun
Bandar adalah suatu unit politik , suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur.
M.A.J. Beg dalam History Cities of Asia mentakrifkan bandar sebagai suatu kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis dan mereka terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.
Perbandaran merujuk kepada proses pertumbuhan dan pembinaan bandar.
Fungsi -fungsi bandar sebagai pusat pentadbiran, pusat keagamaan, ketahanan, perdagangan, pengangkutan, pendidikan dan perindustrian.
Contoh bandar Tamadun Indus : Mohenjo-Daro dan Harappa, Mesopotamia: Calah dan Nineveh.
Isi :
Ciri-ciri bandar Tamadun Indus
Bandar terancang :
Pembinaan bandar terancang , penduduk mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang perancangan dan pembinaan bandar.
Pelan struktur yang sama :
Pembahagian bandar kepada kubu dan bandar. Kubu di bahagian timur  untuk pertahanan dan mengatasi masalah banjir. Bahagian bawah kubu terletak bandar yang menganjur sejauh tiga batu.
Bahan binaan yang bermutu tinggi :
Pembinaan bangunan daripada batu bermutu tinggi , dua saiz yang standard iaitu 11 X 5.5 X 2.5. inci Bangunan didirikan dalam blok-blok empat persegi di sepanjang jalan-jalan dan lorong-lorong.
Jalan yang teratur :
Jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke selatan.Disilang pada sudut tepat dan bentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki. Lorong-lorong dibina selari dengan jalan-jalan utama.
Pembinaan longkang dan sistem pembuangan air :
Terdapat longkang  tertutup di sepanjang jalan-jalan utama. Longkang dilengkapi dengan
Lubang pemeriksaan untuk kerja pembersihan. Air dari rumah dialirkan ke longkang besar melalui  longkang-longkang kecil.
Kemudahan-kemudahan awam :
Tempat mandi awam ” great bath “, tandas awam, dewan perhimpunan.
Rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama :
Batu yang bermutu tinggi, dua tingkat atau lebih, berbentuk empat segi, mempunyai bilik mandi dan perigi., peredaran udara yang baik.Terdapat juga rumah kongsi bagi buruh dan hamba.   Jelepang besar untuk menyimpan bijirin.
Ciri-ciri bandar Mesopotamia :
Pembinaan kubu-kubu pertahanan :
Pembinaan kubu bermula menjelang tahun 3000 S.M.
Bandar lama : kubu pertahanan di bahagian tengah.
Bandar baru : Kubu terletak di kawasan luar bandar.
Tembok pertahanan :
Fungsi : Menjadi sempadan antara bandar dan luar bandar, barisan pertahanan semasa peperangan.
Bentuk pertahanan yang berbeza : segi empat sama, segi empat tepat, bulat dan bujur,. Bandar Ur dan Uruk bentuk pertahanan berbentuk bujur, bandar Zenjirli, tembok pertahanan berbentuk bulatan.
Raja  bertanggungjawab untuk memelihara dan perbaiki tembok-tembok pertahanan.
Pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah bandar :
Terdapat monumen di pintu gerbang untuk menarik pelawat-pelawat. Raja membina patung mereka berhampiran pintu gerbang .Pintu gerbang juga sebagai pusat sivik, perhimpunan akan diadakan berhampiran pintu gerbang.
Procession street :  Perarakan diadakan di jalan besar yang melalui pintu gerbang semasa perayaan tahun baru.
Terdapat lapan pintu gerbang di Babylon, setiap pintu masuk dinamakan sempena nama tuhan, pintu Ishtar merupakan pintu gerbang utama.
Nama pintu gerbang mencerminkan golongan masyarakat dan pekerjaan mereka yang mendiami bahagian bandar . contoh : gate of metalworks di Assur.
Kewujudan Pasar :
Perkembangan pasar didorong oleh perkembangan bandar-bandar besar.
Catatan dalam inskripsi di Susa menyebut tentang kewujudan pasar dan senarai harga di pamerkan di pasar.
Bandar kubu dan bandar bukit.
Pembinaan jalan :
Jalan-jalan menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat lain di dalam bandar.
Jalan di bandar Ur mempunyai lebar yang standard dan bersilang pada sudut yang tepat.
Jalan  di bandar Urartu, jalan dibina dalam corak grid yang tersusun, lebar lima meter/tujuh meter.Terdapat jalan suci di bandar Babylon, Assur dan Uruk. Jalan suci digunakan  untuk perarakan semasa perayaan tahun baru. Terdapat monumen yang indah di kedua-dua  belah jalan suci
Kesimpulan
Kemunculan bandar merupakan ciri penting dalam kemunculan sesuatu tamadun. Perkembangan bandar dan tamadun tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa bandar-bandar wujud di setiap tamadun awal. Bandar adalah satu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur. Proses pembandaran atau urbanisasi pula boleh didefinisikan sebagai proses migrasi penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan keluasan ruang.

No comments:

Post a Comment