Followers

Friday, April 13, 2012

RANGKA JAWAPAN SEJARAH ASIA


Dasar Tutup Pintu dan Dasar Buka Pintu China dan Jepun terhadap kuasa Barat.

                                                                       Pengenalan

1. Dasar tutup pintu -usaha China dan Jepun mengelakkan campurtangan dan kemasukan kuasa asing.
2. China menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa asing khususnya dengan Barat tetapi turut mengenakan sekatan hubungan diplomatik mahupun perdagangan.
3. Jepun mengamalkan dasar isolasi terhadap kuasa Barat yang berusaha mengadakan hubungan perdagangan.
4. Kedua-dua negara beranggapan mampu mengadakan keperluan rakyat dengan mengamalkan ekonomi sara diri.
5. Kebimbangan campurtangan kuasa asing dalam politik tempatan dan cubaan Barat untuk menyebarkan agama Kristian.

                                                Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu di China

1. Kerajaan Manchu berusaha menghadkan perdagangan China dengan Barat.
2. Hubungan perdagangan dikawal rapi - mengelakkan penguasaan asing terhadap ekonomi mereka.Walau bagaimanapun orang asing masih dibenarkan berdagang di Canton.Contohnya tahun 1727 Belanda dibenarkan berdagang di Fukien dan Canton.Portugis dan British juga dibenarkan membuka petempatan di Canton.
3. Usaha menyekat hubungan perdagangan diperhebat semasa pemerintahan Maharaja Chien Lung.
4. Dekri ‘Lapan Peraturan’ diperkenalkan yang menetapkan peraturan-peraturan seperti :

a. Mereka hanya boleh bergerak di kawasan tertentu.Loji-loji - tidak boleh dibina dalam bandar Canton tetapi di luar dinding bandar.Mereka juga memasuki bandar Canton.
b. Urusan dagang hanya boleh dijalankan melalui Co-hong (wakil perdagangan yang disahkan oleh kerajaan Manchu). Co-hong berkuasa penuh untuk menentukan tarif , jumlah import dan eksport, jenis barang-barang dan syarat-syarat perdagangan.
c. Co-hong bertindak sebagai pengantara di antara orang-orang barat dan pegawai kerajaan China.Co-hong - berkuasa mendenda pedagang-pedagang asing.
d. Urusan perdagangan hanya bermula pada musim perdagangan (musim sejuk) dan berhenti pada penghujung musim.Musim lain - anak isteri mereka mesti tinggal di Macao sebagai jaminan supaya pedagang-pedagang asing tidak berdagang di Canton sepanjang tahun.
e. Orang asing - dilarang berkahwin dengan wanita tempatan dan ditegah mempelajari bahasa Cina. Mereka tidak boleh menggunakan sungai dengan bebas dan tidak boleh melawat mana-mana tempat kecuali Flower Garden.

5. Sekatan China ke atas pedagang ,menimbulkan pelbagai masalah birokrasi terutama mengenai Co-hong yang melakukan penipuan dan mengenakan harga yang tinggi.
6. Para pedagang menghantar utusan berunding dengan kerajaan China tetapi tidak dilayan.
7. Kuasa Barat terpaksa menggunakan kekerasan memaksa China membuka pintu pada kuasa-kuasa asing.
8. Berlaku Perang Candu memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking 1842.
9. China menamatkan dasar isolasinya apabila terpaksa membuka pelabuhan iaitu Amoy,Foochow,Ningpo, dan Shanghai.
10. Sistem Co-hong dihapuskan seterusnya Hong Kong diserahkan kepada British.
11. Selain Perjanjian Nanking terdapat perjanjian lain seperti Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Whampao dan Perancis.
12. Dasar China terhadap Barat akhirnya berubah.


                                                   Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu di Jepun

1. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, kerajaan Jepun - menjalin hubungan dengan pedagang asing khususnya Portugis, Belanda , Sepanyol dan British.

2. Persaingan di kalangan kuasa Barat ini untuk mendapatkan hak perdagangan di Jepun telah menimbulkan masalah kepada Jepun.

3. Selain itu usaha penyebaran agama Kristian mendorong Jepun bertindak mengawal kehadiran orang asing.

4. Jepun melarang rakyatnya menjalin hubungan dengan dunia luar. Misalnya rakyat Jepun dilarang melancong ke luar negara malah rakyatnya yang berada di luar negara tidak dibenarkan pulang ke Jepun.

5. Jepun telah memperkenalkan dasar tutup pintu bermula tahun 1638.

6. Walaupun Jepun mengamalkan dasar tutup pintu terdapat juga kuasa-kuasa Barat contohnya Amerika Syarikat berminat menjalin hubungan diplomatik dan pedagangan dengan Jepun (ini terbukti dengan penghantaran utusan Amerika Syarikat pada tahun 1853).

7. Jepun melayan dengan buruk para kelasi kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun.

8. Oleh yang demikian Amerika Syarikat merasakan perlu mewujudkan hubungan baik dengan Jepun bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.Selain itu, Amerika Syarikat memerlukan pelabuhan persinggahan di kawasan lautan Pasifik.

9. Pasa peringkat awal hubungan tersebut mendapat tentangan daripada pembesar istana dan daimyo tetapi akhirnya mereka terpaksa menerima kerana ugutan dari Amerika Syarikat yang akan menggunakan kekerasan bagi menjalin hubungan dengan Jepun.Oleh yang demikian Jepun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa dengan Jepun Amerika Syarikat pada tahun 1854.Amerika Syarikat diwakili oleh Komodor Perry.

10. Mengikut perjanjian itu Jepun membuka dua pelabuhan iaitu Shimoda dan Hokadate.Jepun juga dikehendaki memberikan layanan baik kepada pedagang dan kelasi Amerika Syarikat.Mereka juga dibenarkan membuka konsulatnya di Shimoda.Perjanjian tersebut telah disemak semula pada tahun 1858 yang memberi banyak keistimewaan kepada Amerika.Dengan itu Jepun telah menamatkan dasar isolasinya seterusnya terbuka kepada pengaruh asing terutama dari Amerika.

                                                                         Kesimpulan

1. Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh kedua-dua kuasa sebenarnya untuk menyekat perluasan kuasa asing, mengelakkan penguasaan ekonomi, politik dan agama Kristian ke atas masyarakat tempatan.

2. Walau bagaimanapun akhirnya dasar tutup pintu di kedua-dua buah negara telah berakhir apabila China kalah dalam Perang Chandu dan terpaksa menandatangani serta menerima syarat-syarat Perjanjan Nanking.

3. Manakala Jepun pula terpaksa membuka negaranya kerana diugut oleh Amerika Syarikat dengan kekuatan tentera. Akhirnya terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawa.


No comments:

Post a Comment