Followers

Friday, April 13, 2012

CONTOH RANGKA JAWAPAN SEJARAH ASIA


Adat masyarakat di Myanmar dan India sebelum kedatangan kuasa barat.

Pendahuluan

1. Adat mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat . Membentuk satu sistem nilai dan mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat.

2. Sebelum kedatangan barat, di Myanmar dan India telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan teratur yang diamalkan secara turun-temurun.

                                                       
    1. Myanmar

A. Adat Tanah

§ Tanah milik keluarga, masyarakat dan raja dan bukan milik perseorangan. Golongan yang mempunyai tanah kedudukannnya terjamin daripada disingkir oleh masyarkat. Seorag pemiutang boleh menjualkan diri dan keluarganya tetapi tidak boleh menuai tanah mereka

B. Adat mengadap Raja

§ Pihak istana menetapkan adat mengadap raja perlu dipatuhi kepada golongan bangsawan, rakyat jelata dan perwakilan asing. Contohnya perwakilan asing perlu menunggu di perkarangan istana untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.

C. Adat menanggal kasut

§ Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu tanggalkan kasut dan tundukkan kepala kerana istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yang suci. Larangan ini sebagai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja.

                                                2. India

Masyarakat di India mengamalkan sistem adat dalam seluruh kehidupan sejak lahir sehingga saat kematian

A. Adat ibu mengandung

§ Ibu yang hamil mempunyai banyak pantang larang kerana ditakuti akan mempengaruhi bayi dalam kandungan seperti tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik: mengumpat, bergaduh, dengki.

B. Adat kelahiran

§ Masyarakat India tidak menyukai kelahiran bayi perempuan. Oleh itu mereka melakukan adat pembunuhan bayi perempuan. Ini untuk mengelakkan ibu bapa menanggung penderitaan dan malu. Selepas kelahiran, bibir bayi akan disapu madu dan minyak sapi yang dilakukan oleh golongan Brahmin.


C. Adat perkahwinan

§ Sebelum berkahwin mereka akan menetapkan hari yang baik untuk melangsungkan perkahwinan. Ia dilakukan oleh golongan Brahmin. Pihak perempuan hendaklan memberikan dowri kepada pengantin lelaki.

D. Adat Sutte

§ Adat ini diamalkan apabila seorang isteri kematian suaminya. Merupakan pengorbanan diri oleh balu-balu dengan merelakan diri mereka dibakar bersama suami. Diamalkan sebgai bukti kesetiaan. Pada 1818 seramai 800 balu telah menjalani adat ini dipedalaman Benggal. Adat ini telah dihapuskan oleh Willian Bentick melalui Akta 1829.

E. Adat Tidak membenarkan perkahwinan semula balu

§ Balu dilarang berkahwin semula selepas kematian suami, oleh itu larangan menghias diri dan hanya membenarkan pemakaian sari berwarna putih sahaja. Balu juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.

F. Adat Thuggee

§ Dilakukan oleh golongan Thug di Wilayah Timu Laut India. Merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Diamalkan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali. Pada 1829 William Bentick membentuk sebuah badan untuk hapuskan golongan Thug.


                                                            
Kesimpulan

§ Adat dan hukum adat di Myanmar dan India mempunyai peranan dan garis panduan yang harus diikuti oleh setiap anggota masyarakat. Adat di Myanmar tertumpu kepada golongan pemerintah sedangkan di India lebih kepada sistem nilai yang membentuk keperibadian masyarakat.


No comments:

Post a Comment